Hudud sukar jika pencuri balak pun tak boleh cari
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.
"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.
"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, semalam.
Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.
"Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, potong kuku (pembalak haram) pun kita tak boleh," bidasnya.
4 orang berkata:
Sebab tu lah kita kena perjuangkan hudud sehingga berjaya barulah segala urusan undang2 dpt dilaksanakan ikut kaedah islam..
Bukannya hanya asyik persenda hudud dari atas pentas lain atau pentas pengkhianat..
Betul kena perjuangkan hudud tapi janji nak bentang tak juga bentang. Bila sampai waktu nak bentang sibuk pula dengan tugasan lain. Bila duduk atas pentas pula cerita pasal hudud tapi bila PRN terus senyap. Macam main-main sahaja, baru ini pula adalah pula kenyataan 'Jika tak dapat kerjasama hudud, boleh buat kerjasama pil kuda'. Mana pergi konsisten dalam hal hudud? Adakah hudud hanya sekadar umpan sokongan rakyat semata-mata?
Perjuangan hudud perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan.. hasilnya samada berjaya sepenuhnya, sebahagiannya atau tidak langsung iaitu zero; biar Allah yg tentukan.. dan ianya tiada expiry date.. kecuali kita mati atau keluar dari islam..
Alahai Pas...apa nak jadi selepas TGNA tiada nie.
Cakap tuang presideng pun tak tentu hala...
Marahkan Dap pasal tamau hudud dilaksanakan...
Tubuh blok ketiga..hudud stop dulu...
Patutler Abg Mat kuar parti tubuh yg lain...
Post a Comment