Heh!
Nampak gayanya kemaruk betul puak PKR ni nak bertanding dan berkompromi
dengan PAS supaya jangan letak calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen
Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sampai
tahap sanggup diorang mempergunakan Mursyidul Am PAS bagi mendapatkan
sokongan agar memberi tekanan kepada Dewan AJK PAS Pusat menarik balik
keputusan mereka.
Jika
sebelum ini, PKR melalui Timbalan Presidennya cuba untuk mengugut parti
itu dengan memberikan mereka kata dua supaya jangan bertanding atau
Exco PAS di Selangor akan dipecat.
Namun
malangnya, tindakan terdesak yang dilakukan oleh Si Menteri Besar
Selangor itu sedikit pun tidak mengoyahkan pendirian PAS untuk terus
mengekalkan kerusi tradisi mereka.
Bahkan,
rundingan yang didakwa oleh Timbalan Presiden PKR dengan beberapa orang
pemimpin kanan PAS juga dilaporkan tidak memberi sebarang kesan kepada
keputusan parti itu.
PAS
tetap berkeras mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar dan Kuala
Kangsar 18 Jun nanti. Perkara itu disahkan melalui kenyataan yang dibuat
oleh pemimpin PAS Pusat sendiri.
Sekarang,
apabila pelbagai cara yang telah pun digunakan menemui ke-GAGAL-an, PKR
mula menjadi semakin terdesak. Katanya diorang nak rujuk perkara
tersebut kepada Datuk Dr. Haron Din.
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.
Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain.
Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas.
Demikian
pendedahan yang dibuat oleh MSO dalam blognya hari ini. Secara tidak
lansung, perkara itu membuktikan bahawa PKR cukup terdesak sehingga
terpaksa memujuk Mursyidul Am PAS tu masuk campur. Persoalannya, apa
reaksi PAS selepas ini???
3 orang berkata:
Tuan ibrahim kata bn akan menang kalau berlaku tiga penjuru, tapi kajian dan simulasi zuhdi pulak kata pas berpeluang menang jika berlaku tiga penjuru.. mana satu ni.. yang terbaik berlaku tiga penjuru sebab ada peluang mengikut 'kajian' dan 'simulasi' si zuhdi.
Semua telahan hanya Allah saja yg tahu.
Semua telahan hanya Allah saja yg tahu.
Post a Comment