Husam rayu pemecatan dibatalkan
KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa menggesa agar pemecatan
beliau dibatalkan kerana mendakwa dilakukan tanpa mengikut perlembagaan
parti.
Menurutnya, beliau telah menghantar surat kepada Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang meminta agar pemecatan beliau ditarik balik
berikutan dilakukan tanpa berasaskan pendakwaan yang kukuh.
“Pendakwaan dibuat secara tangkap muat dan ambil mudah, tidak
berdasarkan kata- kata sebenar dalam ucapan saya sebelum ini, selain
atas alasan kerana menjadi saksi dalam satu kes sivil selepas mahkamah
mengeluarkan sapina kepada saya,” katanya kepada media dalam sidang
media khas di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu surat hanya teknikal, pemecatan Husam sah]
Dalam pada itu, Husam turut mendakwa, pemecatan beliau antara lain
bertujuan menghalang menghadiri Muktamar Tahunan Pas yang akan bermula
pada 1 hingga 3 Jun ini.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,
pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib
Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan
keputusan tersebut.
Mohd Amar berkata, isu tidak menerima surat, lambat menerima surat
serta hanya menerima surat salinan sahaja adalah isu teknikal dan
keputusan tetap muktamad sebagaimana yang telah diputuskan.
2 orang berkata:
Kalau dia nak rujuk,rujuk sajalah bkn cerai talak 3 pun.janji tak ulang kesalahan
klu nak rujuk sangat pi jumpa presiden...mnta maaf...ngaku buat silap...serah surat rayuan.
Post a Comment