PAS ADA PRISIP DAN DASARNYA SELARAS DENGAN KEPERLUAN AGAMA, PAS KELANTAN DIHARAP JANGAN LAYAN GOLONGAN MUNAFIK INI. KINI AMANAH SEMAKIN PUDAR AKIBAT KUTUKAN TUHAN SECARA PERLAHAN DENGAN BERBAGAI MASALAH, ADA YANG TUMBANG DAN ADA YANG LARI KEPADA DAP. OLEH KERANA ITU DIHARAP PAS JANGAN SEKALI-KALI MELAYAN AMANAH WALAU SECARA APAPUN, INGAT ! KETIKA MEREKA MENINGGALKAN PAS DAHULU APA YANG MEREKA TIDAK BUAT TERHADAP PAS, MAKI HAMUN, CACI MAKI SEMUANYA CUKUP - Pak Karamu
Bubar Amanah jika sayang Pas
RANTAU PANJANG – Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan mencabar Pengerusi
Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membubarkan Parti
Amanah Negara sekiranya benar-benar menyayangi Pas.
Presidennya, Razak Abas berkata, tindakan Wan Abdul Rahim terhadap Pas
sebelum ini tidak pernah selari dengan ucapannya ketika ini.
Menurutnya, selepas kalah, Wan Abdul Rahim keluar Pas dan menubuhkan Amanah, malah mengaitkan 10 lagi Adun menyertai Amanah.
“Ini bermakna dakwaan tidak sanggup melihat Kelantan jatuh ke tangan BN
adalah bohong kerana niatnya mahu berbaik dengan Pas adalah kerana
kerusi pilihan raya umum (PRU) nanti.
“Konon darah masih hijau juga adalah satu perumpamaan yang melucukan
kerana semua dah lihat keperibadiannya, melebihi oren daripada hijau,”
katanya.
Razak berkata, tindakan Wan Rahim umpama ‘menghidangkan gula kepada
semut’ iaitu menarik simpati mengundi Pas agar memilih Amanah.
Menurutnya, keperibadian Amanah jelas menunjukkan mereka memendam
dendam terhadap pimpinan Pas, malah mengaitkan Umno dengan Pas.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kesungguhan Amanah menunggu Pas untuk
berunding dan bekerjasama bagi menyekat Umno bertapak semula di
Kelantan.
Malah katanya, Amanah serius mahu membentuk kerjasama dengan Pas kerana tidak sanggup melihat BN merampas semula Kelantan.
3 orang berkata:
Aku harap penyokong Pas tetap dgn istiqamah dgn perjuangan Pas.biar puak amanah meroyan.
Aku harap penyokong Pas tetap dgn istiqamah dgn perjuangan Pas.biar puak amanah meroyan.
Pembetulan.. PAN.. di alam maya org PAS tak boleh guna AMANAH.. mengarut.. kalau PAN ok..
Post a Comment