Amanah jangan ungkit kisah lama
IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengesahkan penyertaan dalam
PRK Parlimen Kuala Kangsar diingatkan supaya tidak mengungkit kisah lama
selain memberi fokus terhadap agenda menumbangkan BN.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
berkata, jika tidak, tindakan sedemikian hanya merugikan pembangkang.
“Bertanding secara sihat. Tak perlu lagi dendangkan isu lama dan tak perlu menyalahkan antara satu sama lain.
“Kita datang dari parti pembangkang dan kena ingat, fokus utama adalah
untuk nafikan pengekalan kuasa BN di Kuala Kangsar,” katanya semalam.
Beliau turut mengharapkan semua parti yang bertanding pada PRK itu
menjadikannya sebagai platform dalam melaksanakan tanggungjawab demi
kebajikan rakyat.
“Kita nak PRK ini jadi medan ukhuwah kepada rakyat. Bukan tempat
bermusuh, menyerang peribadi calon dan dendangkan perkara yang tidak
berkaitan,” katanya.
Beliau berkata, pembangunan dari sudut spiritual perlu diberi perhatian
memandangkan ia merupakan isu yang melatari kehidupan masyarakat di
Kuala Kangsar.
“Sekarang, banyak masalah sosial membabitkan masyarakat berlaku bukan sahaja di sini malah di merata tempat.
"Jadi, penekanan dari sudut spiritual sangat penting bagi membendung gejala ini daripada terus berlaku,” katanya,
Ditanya mengenai peluang Pas dalam PRK itu, beliau yakin Pas mampu
melakar kejutan dan pada masa sama kegagalan BN dalam urus tadbir negara
mencerahkan peluang parti.
“Memang kita tak pernah menang di Kuala Kangsar tetapi berdasarkan senario politik terkini, kita yakin akan lakarkan kejutan.
"Rakyat juga sudah sedar dengan bebanan dan tekanan yang dilakukan BN,” katanya.
2 orang berkata:
pan cakap besar je...penyokong tak seberapa
pittsburgh steelers jersey
basketball shoes
falcons jersey
carolina panthers jersey
nike air max 90
new england patriots jerseys
jordan 8
san antonio spurs jerseys
ugg outlet
snapbacks wholesale
Post a Comment