Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kita cabar pas keluarkan surat pemecatan husam, nak tengok amanah jadi apa !

Amanah tunggu Husam dapat surat rasmi
 Amanah tunggu Husam dapat surat rasmi
WAN RAHIM

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tetap dengan janjinya untuk mengumumkan 10 wakil rakyat Pas yang bakal lompat parti selepas Datuk Husam Musa dipecat.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, perkara tersebut akan diumumkan selepas bekas Naib Presiden Pas itu menerima surat pemecatan ahli secara rasminya.

“Belum sampai masa lagi umum, Insya-ALLAH tunggu dulu, belum selesai lagi. Tunggu Datuk Husam dapat surat rasmi.

“Sekarang kita masih lagi menunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam selepas menerima surat pemecatan,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Makan Gulai Kerbau anjuran Amanah Kubang Kerian di sini.

Sebelum ini, Wan Rahim berjanji untuk mengisytiharkan 10 wakil rakyat Pas yang akan menyertai Amanah sehari selepas Husam bukan lagi menjadi ahli parti Islam itu.

Mempertahankan kredibiliti Amanah, Wan Rahim secara jelasnya memberitahu perkara tersebut bukan cakap-cakap kosong dan juga bukan gimik politik semata-mata.

Lima nama YB Pas yang bakal bersama parti progresif itu turut disebut oleh Wan Rahim.

1 orang berkata:

Unknown said...

Awat mamat amanah ni kalut sgt.tu hal Pas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.