Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LUKA BELUM SEMBUH, BAWA MANDIPUN TAK MAU HILANG

Hormati Pas, luka kami masih belum sembuh'
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mengingatkan parti-parti pembangkang agar tidak menunjukkan belang masing-masing dan menghormati parti Islam itu berkait dua Pilihan Raya Kecil (PRK) , bulan depan.

Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen, Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu.

"Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mi segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

"Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan. Bulan adalah rawatan alam daripada sekalian kejadian di bumi Tuhan," katanya dalam kemas kini status di Facebook, semalam.

Perebutan kerusi di dua Parlimen itu masih belum mencapai kata putus‎ namun PKR menegaskan agar hanya berlaku pertandingan satu lawan satu demi menumbangkan BN tetapi Pas telah menegaskan berulang kali kerusi tradisi itu miliknya.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali berkata, beliau masih cuba berunding dengan Pas dan gabungan Pakatan Harapan namun Presiden Pas berkata pintu rundingan telah tertutup kerana Pas telah memutuskan untuk bertanding di dua Parlimen itu.

Dalam pada itu, Nik Abduh turut berkias dengan menyifatkan luka parti Islam itu masih belum sembuh lagi.

Namun beliau tidak menjelaskan maksud di sebalik 'luka dalam' tersebut.

"Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir Mohamad.

"Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang," pesannya.

Sebelum ini tersebar surat lapan muka surat ditulis Anwar dari penjara yang ditujukan kepada pemimpin PKR dan penyokongnya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

nik abduh yang merapu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.