RUU Persendirian: Pelik bukan Islam bantah
SHAH ALAM - Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa oleh ahli
Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bertujuan meminda
Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah 1988) dan tiada kaitan
dengan hudud.
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal
Abu Bakar berkata, RUU Persendirian tersebut hanyalah untuk memperluas
kuasa Dun bagi meminda enakmen jenayah syariah kepada hukuman yang lebih
berat.
“Buat masa ini, enakmen jenayah syariah hanya mengguna pakai hukuman
tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan di mana hukuman
itu lebih rendah berbanding mahkamah majistret.
“Tiada apa-apa di dalam RUU Persendirian tersebut menyatakan tentang
kesalahan hudud qisas mahupun taazir. Pihak yang mendakwa RUU tersebut
berkaitan hudud mungkin terkeliru atau mahu mengelirukan orang ramai,”
katanya ketika dihubungi sinar Online.
Selain daripada itu, Zainul memaklumkan bahawa RUU Persendirian Seksyen
2 yang diterangkan tersebut jelas memaklumkan bahawa ia hanya terpakai
buat orang Islam sahaja dan tidak melibatkan golongan bukan Islam.
Zainul berkata, beliau merasa pelik mengapa orang bukan Islam dilihat
melenting dan membantah undang-undang Islam yang telah diperuntukkan
dalam perlembagaan.
“Dalam perlembagaan ada menyatakan bahawa sesuatu agama itu mesti ditadbir urus oleh orang dalam agama itu sendiri.
“Macam mana nak orang Islam dapat bebas mengamalkan agama ini jika
orang bukan Islam campur tangan dan ini bertentangan dengan apa yang ada
dalam Perlembagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Zainul turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak melihat
RUU Persendirian tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
memandangkan ia sememangnya telah termaktub di dalamnya.
“Saya selalu dengar RUU ini dikatakan melanggar Perlembagaan tapi di mana yang dilanggar tidak dijelaskan oleh pihak berkenaan.
“Ia dikatakan langgar perlembagaan kerana didakwa ada perbezaan
undang-undang orang Islam dan bukan Islam. Namun bagi saya, itu adalah
kesamarataan dan satu perkara umum,” katanya.
2 orang berkata:
Bukan Islam naik tocang kerana ramai org (umat) Islam sendiri yg jahil mempersenda bahkan menentang undang2 Islam.
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41343-akta-355-baru-baca-sudah-bising-ada-keras-ada-halus
Post a Comment