Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGKHIANAT TIMBULKAN FITNAH


'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas'
'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas'
Idris (dua, kanan) bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria (tiga, kiri) semasa majlis melancarkan jentera pilihan raya Pas bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar, malam kelmarin.
 
BUKIT CHANDAN - Calon yang akan mewakili Pas dalam PRK Kuala Kangsar adalah individu berintegriti, taat kepada perintah ALLAH, Rasul dan parti. 
 
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, mereka menolak memilih calon yang tidak mempunyai kesetiaan yang tinggi kerana enggan pengundi rasa dikhianati sekiranya mereka melompat parti.

Katanya, beliau berharap jentera Pas di Kuala Kangsar akur dengan pemilihan calon diputuskan oleh Majlis Syura.

"Pas tidak bertanding suka-suka di Kuala Kangsar sebaliknya mahukan kemenangan dan yakin ia boleh dicapai dengan kerjasama semua ahlinya.

“Bukan mustahil untuk kita menang di Kuala Kangsar. Kita harap dapat berkempen dari rumah ke rumah, (dan) berdialog kerana rakyat di sini intelektual. Kita bukan lawan dengan jentera Umno-BN tetapi kita lawan dengan jentera kerajaan. Kita patut bangga sebab kita ada kekuatan dan kita boleh terus lawan,” katanya.

Beliau menempelak sesetengah pihak yang cuba mengaitkan Umno dengan Pas dan membuat kenyataan seolah-olah dua parti itu akan bersatu.

Katanya, jika Pas mahu bekerjasama dengan Umno, ia tentu tidak meletakkan 11 calon di Sarawak dan juga di Kuala Kangsar.

“Nasihat saya pada mereka, cari modal lainlah kalau nak lawan dengan Pas. Janganlah guna modal ini,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

fitnah pas nak brgabung dgn umno dah tak laku.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.