KOTA BHARU - Pemuda Pas menyarankan pimpinan Pas mengkaji kembali
agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti Islam itu
dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu
mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam
pilihan raya yang lalu.
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita
'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian
'ditinggalkan' begitu sahaja.
"Sekiranya pimpinan ambil langkah berani tanding di kerusi yang selama
ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dlm PRU lepas, Pemuda Pas ikrar dan
janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak
kepada Pas," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda
Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.
Katanya-katanya itu disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.
Katanya-katanya itu disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.
Dalam pada itu, menurutnya pembahagian kerusi itu wajar mengambilkira
aspek kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi disamping pola
sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.
Beliau juga mengingatkan ahlinya agar bersedia menyambut kedatangan
orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi
tidak menzahirkan sokongan mereka.
"Mereka sokong Pas tapi belum sedia jadi ahli. Mereka sinis dan cakna
perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain
menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.
"Justeru, Pemuda Pas meraikan hasrat tinggi anak muda yang mahu
mendalami sistem politik Islam, evolusi dan penyesuaiannya dalam konteks
moden dikembangkan melalui penubuhan sekolah politik di bawah kendalian
kita, insya-ALLAH," katanya.
Tambahnya, Pemuda Pas mesti lebih memahami psikologi politik anak muda
Melayu di bandar dan pengundi atas pagar dalam memberi kefahaman kepada
mereka.
1 orang berkata:
Perkembangan terkini menunjukkan PKR menyokong calon Pakatan Harapan di Sg Besar dan Kuala Kangsar.. jadi saya rasa PAS tak perlu berfikir panjang lagi..
Pd PRU 14 nanti kita bertanding di kerusi PKR yg pernah dipinjamkan dulu dan juga di mana2 kerusi DAP yg punyai pengundi Melayu melebihi 5 atau 10 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi.. strategi ini cuma sekadar ingin memberi peluang kpd mereka iaitu pengundi Melayu utk keluar mengundi PAS sekiranya mereka tidak mahu mengundi parti MCA/Gerakan mahupun DAP!..
Selamat mengkaji kembali hubungan dgn PKR!
Post a Comment