Pesawat EgyptAir meletup di udara?
KAHERAH - MESIR. Pegawai forensik Mesir, semalam mendedahkan hasil
pemeriksaan ke atas mayat penumpang EgyptAir, MS804 mendapati
kemungkinan berlaku letupan dalam pesawat berkenaan.
Katanya, penilaian itu berdasarkan cebisan kecil bahagian tubuh yang
ditemui, namun mereka masih belum menemui kesan bahan letupan.
"Kesemua 80 bahagian yang dibawa ke Kaherah terlalu kecil dan bukan
anggota penuh seperti tangan atau kepala. Jika difikir logik, mungkin
disebabkan letupan," katanya.
Kelmarin, pendakwa raya Mesir mengemukakan permintaan secara rasmi
kepada Perancis dan Greece untuk memperoleh data berkaitan nahas pesawat
itu yang meragut nyawa 66 penumpang.
Nabil Sadek dilaporkan meminta rakan sejawatannya di Paris menyerahkan
dokumen, rakaman audio dan visual pesawat ketika ia berada di Lapangan
Terbang Charles de Gaulle sehingga ia meninggalkan ruang udara negara
itu.
Beliau turut meminta pihak berkuasa di Athens menyerahkan transkrip
perbualan juruterbang dan pengawal kawalan trafik udara selain menyoal
beberapa individu untuk mengesahkan sama ada pesawat terbabit ada
menghantar isyarat kecemasan sebelum ia terhempas di Mediterranean, Rabu
lalu. - AFP
1 orang berkata:
zzzzz2018.10.27
kate spade outlet
coach factory outlet
ralph lauren polo
dsquared2
fitflops clearance
true religion jeans outlet
ecco shoes
christian louboutin shoes
ray ban sunglasses
nike air max
Post a Comment