KEBODOHAN BERPOLITIK ADALAH KERANA AHLI PARTI TIDAK TAHU MERAHSIAKAN MARUAH DAN KELEMAHAN PARTI, AHLI PARTI YANG TIDAK MEMPUNYAI ADAB BAGAIKAN KETURUNAN MANUSIA MEMAKAN BANGAKAI DAN TIDAK SEPATUTNYA BERJUANG DIDALAM ARENA POLITIK KEPARTIAN - Pak Karamu
Isu PKR: Wan Azizah minta Rafizi lapor SPRM
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diminta mengemukakan
semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk
berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam
masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang
dibangkitkan Ahali Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.
"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan
ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR
di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi.
Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat. - Bernama
1 orang berkata:
Bagi kt Wan Azizah lah pula jawatan MB Selangor.Rakyat Selangor dh muak politik PKR ni.Asyik berpolitik je bknnya nk buat kerja.Ahli politik ni sama je bila dh ada kedudukan.Cantas mencantas menjadi budaya sebati bagi ahli politik dan keutamaan pd keduniaan..
Post a Comment