Kes akuan berkanun Phang Li Koon belum ditutup
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara sehingga kini belum membuat sebarang
keputusan berkaitan kes ahli perniagaan Phang Li Koon, yang didakwa
membuat kenyataan palsu dalam akuan berkanun yang melibatkan isu
pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, buat masa ini kes
berkenaan masih dalam proses kajian dan tindakan oleh pihaknya.
"Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times
Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam
Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan terhadap kes
berkenaan.
"Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga
kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes
berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara,"
jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes akuan berkanun Phang Li Koon ditutup ]
Sebelum ini, nama Phang Li Koon mula disebut-sebut selepas
berbangkitnya isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh
Guan Eng dengan harga RM2.8 juta sekaligus telah mencetuskan
kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu
adalah di bawah nilai pasaran.
Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan
harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa
banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan
tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek
perumahan rakyat termiskin.
Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun
menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual
banglo itu kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan
juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan
negeri.
3 orang berkata:
macam payah je nak siasat....ada sesuatu ke?
zhengjx20160506
nfl jerseys
cheap ray ban sunglasses
true religion outlet store
oakley outlet
rolex watches
ray ban sunglasses uk
toms outlet
michael kors outlet online sale
air jordan shoes
louis vuitton purses
coach outlet store
coach outlet online
ray ban wayfarer
cheap toms shoes
ray ban
nike uk
coach outlet
coach factory outlet online
timberlands
louis vuitton outlet
true religion outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet
kobe shoes 11
louis vuitton outlet
kate spade outlet
michael kors handbags
coach factory outlet online
louis vuitton outlet stores
toms shoes
nike air max 90
lebron 12
ralph lauren home
kate spade purses
jordan 11
fitflop clearance
michael kors outlet clearance
coach outlet store online
nike air force 1 white
ray ban sunglasses outlet
cleveland cavaliers jersey
michael kors handbags
polo ralph lauren outlet
ed hardy
nike huarache
true religion jeans
oakley sunglasses
oakley sunglasses
michael kors handbags
dolphins jerseys
Post a Comment