Pas Perak serah lima nama tanding PRK
IPOH - Pas Perak telah menyerahkan lima nama untuk dipertimbangkan oleh
Pas Pusat bagi menjadi calon dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, keputusan akhir pemilihan calon
itu akan tertakluk di bawah bidang kuasa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan AJK Pas Pusat.
"Lima orang senarai calon itu telah pun kita hantar kepada Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.
"Keputusan untuk hantar lima nama itu juga dibuat selepas mengambil
kira pandangan daripada pimpinan parti di peringkat kawasan dan negeri,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Pas Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Pas Negeri, Mohamad Zawawi Abu Hassan dan AJK Pas Perak, Tarmizi Abd Rahman.
Menurutnya, Pas tetap akan bertanding meskipun ada pihak yang
berpandangan akan berlaku pertembungan tiga penjuru di PRK tersebut.
"Secara tradisinya, di situ memang kerusi kita sejak permulaan pilihan
raya di Perak. Pas Pusat juga telah menetapkan kita akan bertanding
walaupun berlaku tiga penjuru, empat penjuru atau sepuluh penjuru
sekalipun," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan perpecahan undi
akan berlaku jika Pakatan Harapan membuat keputusan bertanding di
Parlimen tersebut.
"Hakikat yang boleh kita kata, jika mereka masuk bertanding, ia akan
membuatkan kerja BN lebih mudah untuk mencapai kemenangan," katanya.
Ditanya tentang peluang Pas memenangi PRK itu, Razman yang juga Yang
Dipertua (YDP) Pas Lenggong menganggap keputusan berkenaan bergantung
kepada undian yang akan diberikan orang Melayu dan golongan atas pagar.
"Pas ada pengundi setia dan kita juga dapat lihat peningkatan sokongan
orang Melayu sejak bersendirian. Apa yang diharapkan adalah kita dapat
tarik undi daripada golongan atas pagar.
"Dengan situasi terkini (negara), rasanya, ramai golongan atas pagar
hatta orang Umno sendiri pun mahukan perubahan," katanya.
6 orang berkata:
Perasan sungguh dia yer
Apa??? Pengundi atas pagar???
Penambahan sokongan orang melayu???
Weiiii... ramei dah kuar dari Pas... tak faham dan tak percaya dah ngan tuan presiden kamu tu.
Kah kah kah...dah gila kot? Kalau tak gila...bodo.
Kenapa risau sangat PAS bertanding. Itu hak demokrasi. Pihak lain nak bertanding tak ada siapa nak halang. PAS tak terikat dgn siapa2 pun, kenapa sibuk tak tentu pasal???
Lawak bodoh, sewel kot.
Tanding untuk.kalah...bodo la tu..
mana nak.dapat undi dari kaum lain..
habaq mai... kat ceq.
owg melayu dah pecah lagi...
Tapi..tak pa laaa...duit kan banyak..
hilang deposit pun kan tak kesah.
Demokrasi la katakan...
Pi la tanding...
Sapa pun tak halang dan tak boleh halang...bodo.
Tipikal Pejuang Bangsa (Cina)..
Kalau DAP diserang atas angkara memperlekehkan Melayu, hanya PAN yg beria2 mempertahankan DAP malah mengherdik dgn kata2 keramat mereka iaitu kenapa asyik2 DAP sahaja yg dipersalahkan! Ini lantaran PAN juga terluka jika DAP terluka..
Bila islam pula diserang oleh DAP, PAN juga yg beria2 mempertahankan DAP.. i.e. sehingga DAP tidak perlu memohon maaf pun kpd DZN sebaliknya hanya memohon maaf kpd rakyat Malaysia (tanpa diminta) yg sebenarnya tidak ada kena mengena dgn kerakyatan DZN apatah lagi batang tubuh DZN itu sendiri.. yg hanya ada kena mengena ialah Islam (takde pula kena mengena dgn TGPDR) yg menjadi ikatan ukhuwah sesama mereka (tidak termasuk PAN)..
Kedua2 senario di atas menunjukkan PAN sebenarnya bukanlah pejuang islam dan bukan juga pejuang bangsa Melayu! Malah tidak keterlaluan jika kita letakkan bhw PAN sebenarnya hanyalah memperjuangkan bangsa Cina demi undi org2 Cina..
Sekian..
Ada jugak budak sewel perasan. Kunun arif dan tau benar siapa yg nak undi siapa. Kalau org lain brrtanding utk kalah, kau pergilah bertanding kalau dah tau menang. Hak org lain kenapa disekat. Kalau dah tau boleh menang apa nak risau? Atau senang cakap mengharapkan pengundi PAS pangkah kamu. Maknanya kamu pun tak yakin dgn undi kaum lain terhadap kamu. Pi sekolah semulalah.
jianbin0924
ralph lauren femme
ray ban sunglasses
tiffany and co
true religion jeans
burberry outlet sale
timberland shoes
michael kors outlet online
coach outlet online
nike air max 2015
uggs outlet
Post a Comment