Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

siapapun boleh brtanding


AMANAH BOLEH LA DAPATKAN UNDI AHLI DAP, CINA KAN KE RAMAINEGARA DEMOKRASI SIAPAPUN BOLEH BERTANDING ! KALO LETAK LAMBANG KUALI LAGI LA CEPAT MENANG ! - Pak Karamu
 
 
Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK
Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK
Mohamad Sabu
 
DARIPADA blok pembangkang, setakat ini hanya Pas yang berterus terang akan meletak calon di kedua-dua PRK – Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Amanah masih berteka-teki. Pakatan Harapan dijangka akan membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat Majlis Presiden esok (Isnin).

Dilihat pada ombak yang sedang bergelombang, hampir pasti Amanah yang akan mewakili Pakatan Harapan jika mereka  membuat keputusan untuk menyertai persaingan yang dijangka sekurang-kurangnya tiga penjuru pada kedua-dua pilihan raya itu.

Jika ini menjadi kenyataan, siapa pun yang jadi calon parti itu, Amanah pasti akan kalah besar malah bukan mustahil akan hilang wang pertaruhan.

Di Sungai Besar, tersebar cakap-cakap kononnya Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu akan diletak sebagai calon. Sebagai satu-satunya pemimpin No. 1 parti yang tidak bergelar YB, wajarlah untuk Mat Sabu bertanding namun harus dipastikan, keputusan yang diambil itu jangan hanya akan lebih memalukan!

Meskipun kekalahan Amanah sama ada di Sungai Besar ataupun di Kuala Kangsar mudah untuk dijangka, ramai pemerhati politik berpendapat, parti itu akan jadi faktor penentu.

Analisisnya mudah. Di Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon telahpun dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 2004 lagi. Beliau dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang baik, cekap lagi bertanggungjawab. Dengan imej yang sedemikian, Noriah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar hingga masuk penggal ketiga meskipun dengan majoriti yang banyak menyusut.

Ketika pertama kali bertanding, beliau menang menewaskan Sallehen Mukhyi daripada Pas dengan 7,349 undi majoriti, Pada 2008, beliau mengatasi Osman Sabran, juga daripada Pas dengan 5,009 undi. Pada 2013, Noriah sekadar memperolehi 399 undi majoriti untuk menewaskan Mohamed Salleh M, Hussin (Pas).

Dengan perbezaan undi yang begitu hampir, Sungai Besar bukanlah kawasan yang selamat bagi BN.

Pas diura-urakan akan mencalonkan semula  Cikgu Mohamed Salleh pada PRK ini. Dengan perolehan undi sebanyak 18,296 (48 peratus) berbanding Noriah, 18,695 (49 peratus) pada PRU lalu, Pas boleh dikira mempunyai harapan cerah untuk menang pada PRK kali ini.

Noriah berjaya mempertahankan kerusinya hingga masuk penggal ketiga atas perkhidmatan yang baik. Di samping itu, ketika PRU13, isu-isu panas seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion belum lagi meletup. Itu pun beliau menang dengan undi majoriti yang sangat kecil.

Pada masa ini, senario sudah banyak berubah. Pas mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pada PRU13. Bagaimanapun peluang yang cerah itu berkemungkinan akan jadi sebaliknya jika Amanah turut sama masuk daun. Amanah menguar-uarkan bahawa kawasan tradisi di mana Pas bertanding adalah kawasan yang diperuntukkan kepadanya untuk mewakili Pakatan Harapan, termasuk di Sungai Besar.

Parti itu mengambil alih pusaka orang yang masih hidup?

Penyertaan Amanah akan menyebabkan undi propembangkang berpecah. Meskipun penyokong-penyokong DAP dilaporkan begitu marah terhadap Pas namun di peringkat akar umbi, mereka yang pernah mengundi bulan pada pilihan raya umum lalu, mungkin masih nampak bulan juga hingga sekarang jika yang ada hanya dua simbol parti pada kertas undi. Ini kerana mereka lebih lama marahkan dacing berbanding bulan.

Kawasan Parlimen Sungai Besar terbahagi kepada dua Dun iaitu Sungai Panjang dan Sekinchan. Sungai Panjang mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayu manakala Dun Sekinchan pula merangkumi hampir 60 peratus pengundi Cina dan 42 peratus pengundi Melayu.

Di Dun Sekinchan, DAP mengalahkan BN dengan lebih 2,000 undi majoriti pada PRU13. Ini angka yang sangat besar untuk diubah!

Jika Amanah masuk bertanding pada PRK 18 Jun ini, pengundi Cina di Dun Sekinchan yang sudah terbiasa mengundi DAP hampir pasti akan memberi undi kepada calon parti itu.

Adun Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim sudah jadi wakil rakyat sejak 2008. Beliau sudah pasti akan menggunakan pengaruhnya yang kuat di kawasan itu untuk mempengaruhi pengundi menolak kedua-dua BN dan Pas.

Suee Lim yang fasih bertutur dalam bahasa Jawa - pernah dapat liputan televisyen di Indonesia atas kebolehannya itu - juga mampu mempengaruhi pengundi Melayu yang berketurunan Jawa untuk mengundi calon Amanah. Harus diingat, sebahagian besar daripada pengundi yang didaftarkan sebagai Melayu di kawasan Sungai Besar adalah daripada keturunan Jawa.

Dengan itu, Pas berkemungkinan akan hilang banyak undi jika Amanah masuk campur dalam PRK ini. Ini boleh dikatakan kerana sebahagian daripada undi yang diperoleh Pas pada PRU13 adalah datang daripada pengundi Cina di Dun Sekinchan.

Jika dilihat pada perolehan undi Pas di Sungai Panjang pada pilihan raya umum lalu, calon parti itu, Mohd Fazlin Taslimin yang juga Yang Dipertua Pas Sungai Besar ditewaskan oleh calom BN, Budiman Zohdi dengan lebih 2,000 undi.

Ini sekali gus menunjukkan Pas tidaklah begitu kuat di kawasan majoriti Melayu di Parlimen Sungai Besar.

Dengan itu, masuk atau tidaknya Amanah bertanding pada PRK Sungai Besar, bolehlah dianggap sebagai faktor yang akan menentukan siapa yang akan muncul sebagai pemenang. Jika Amanah meletak calonnya, peluang BN untuk mengekalkan kerusi itu akan jadi lebih cerah dengan sendirinya akibat perpecahan undi propembangkang.

Tanpa 'gangguan' daripada Amanah, dengan isu-isu semasa yang berlegar sekarang, Pas sebaliknya mempunyai harapan yang  tidak kurang cerah untuk merampas kerusi tersebut dari tangan BN.

Sehubungan itu, penyertaan Amanah dalam PRK Sungai Besar bolehlah dianggap hanya kacau daun bagi Pas kerana peluang parti itu untuk menang adalah sangat tipis. Dalam kata lain, Amanah akan dilihat lebih membantu BN untuk menang dan mengekalkan kerusi.

Dengan itu, pembangkang haruslah bermuhasabah dengan meneliti kesan pertembungan sesama sendiri di Sarawak, bukan melihat siapa yang mendapat undi lebih banyak dalam keadaan kedua-duanya kalah.

Di Sungai Besar, jika hal yang sama berlaku lagi, pasti kedua-duanya akan sama-sama terbakar, yang tinggal hanya untuk menentukan siapa yang jadi arang, siapa pula yang akan jadi abu!

2 orang berkata:

khirul said...

Bn pasti.menang
Pas..tak tambah undi..
Amanah...dapat ler sikit...
Kita tengok jer nanti...
Selagi penbangkang tak bersatu...jangan mimpi nak menang.

Anonymous said...

peluang umno utk menang klu dua parti pmbangkang brtnding.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.