Calon Pas hadapi tugas sukar?
SUNGAI BESAR - Ahli Pas menyifatkan faktor bukan anak tempatan menjadi
penghalang utama kepada calon Pas, Dr Abdul Rani Osman untuk meraih
sokongan pengundi pada PRK Parlimen Sungai Besar akan datang.
Ahli Pas, Mohd Fauzi Zakaria, 41, berkata, Dr Abd Rani berdepan tugas
sukar menambat hati pengundi atas pagar memandangkan mereka dijangka
memilih calon tempatan.
“Ahli Pas tegar semestinya tetap sokong siapa saja calon Pas, tapi kita
bimbang bagaimana rakyat yang tidak berpihak ini akan undi Pas sebab
calon diketengahkan bukan anak tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Malah, Mohd Fauzi yang menetap di Sungai Besar berkata, Pas bukan saja
kehilangan pengundi atas pagar tetapi dijangka berdepan kemerosotan undi
dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan.
“PRK ini jadi kayu ukur terhadap sokongan rakyat kepada Pas. Saya yakin
jika Pas letakkan calon tempatan, saingan tentunya lebih sengit,”
katanya.
Seorang ahli Pas di Sekinchan, Mohd Sufian Miskan, 52, berkata, Dr
Abdul Rani berjaya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Adun Meru,
namun tidak mengetahui sejauh mana pengundi Sungai Besar boleh menerima
bekas Pesuruhjaya Pas itu.
“Beliau (Dr Abdul Rani) ada rekod yang baik di Meru...ramai kenalan di
Meru puas hati dengan perkhidmatannya di sana. Sejujurnya, saya tak
pasti adakah Dr Abdul Rani mampu laksanakan tugas sama seperti di Meru,”
katanya.
Pengundi di Peket 60, Mohd Aizul Yazid Jailani, 26, berkata, walaupun
mengakui terdapat beberapa suara di peringkat akar umbi kurang senang
dengan pemilihan Dr Abdul Rani, namun sebagai ahli Pas mereka perlu
bekerja untuk memenangkan calon parti itu.
Katanya, pengundi pada masa sekarang lebih bijak apabila memilih calon berbanding parti yang bertanding.
“Faktor inilah merisaukan kita. Macam saya, tetap akan sokong Pas sebab
dasar Islam yang diperjuangkannya berlandaskan al-Quran dan hadis.
“Biasanya, pengundi pilih parti tapi keputusan akhir ialah siapa calon yang ditampilkan parti bertanding,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Padang Jawa
Petaling, 54, Abdul Aziz Borhan, 54, berkata, Pas berdepan cabaran sukar
apatah lagi jika berdepan pertandingan tiga penjuru, namun menegaskan
akan terus bekerja keras bagi membantu jentera parti.
“Kita akur apa juga keputusan Pas Pusat.
“Bagi saya Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tahu apa yang terbaik untuk parti,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam,
Norrita Hassan, 51, berkata, Dr Abdul Rani dijangka mampu menarik lebih
ramai pengundi berdasarkan pengalamannya di Meru.
“Saya yakin, ketokohan yang ada pada beliau mampu tambat hati pengundi.
“Mulanya mungkin ramai pengundi tak kenal, tapi saya nampak Dr Abdul
Rani seorang yang bekerja keras dan punyai strategi kerja yang baik,
malah perwatakannya yang mudah mesra boleh tarik pengundi bukan saja
kaum Melayu, tetapi kaum Cina,” katanya.
3 orang berkata:
Kalau betul2 istiqamah dgn Pas dan nak mertabatkan perjuangan Islam pedulikan calon anak tempatan atau luar.lagi pula calon yg dipilih Pas pusat adalah calon yg blh membawa kemenangan dan berkebolehan.
Kalau betul2 istiqamah dgn Pas dan nak mertabatkan perjuangan Islam pedulikan calon anak tempatan atau luar.lagi pula calon yg dipilih Pas pusat adalah calon yg blh membawa kemenangan dan berkebolehan.
Pas bukan nak martabatkan islam pun. Pas cuma nak sapu balak dan duit cikgu yik
Post a Comment