Pecat ahli langgar disiplin bukan pelik, kata Presiden
Abdul Hadi
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa
tindakan partinya, memecat pemimpin atau ahli yang melanggar peraturan
parti bukan perkara yang pelik.
Hadi berkata, ini kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.
"Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang, Pas memecat ahli yang melanggar disiplin parti," katanya petik laporan Harakahdaily.
Hadi berkata demikian ketika memberi ceramah di Dataran Jeli malam tadi.
Terdahulu, Jawatankuasa Tataterbit Pas memecat keahlian Adun Salor Datuk Husam berkuatkuasa 23 April 2016 kerana didapati melanggar disiplin parti.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata Pas mempunyai 1.1 juta ahli yang bernaung di 192 kawasan Pas diseluruh negara.
"Kita sekarang hanya belum lagi mewujudkan organisasi parti di 30 lagi kawasan di Malaysia," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment