Kumpul tanda tangan hanya gimik politik
KOTA BHARU - Jumlah 500,000 tandatangan yang telah dikumpul melalui
Deklarasi Rakyat itu bukanlah memberi gambaran sebenar protes rakyat
secara menyeluruh terhadap isu penurunan Datuk Seri Najib Tun Razak
sebagai perdana menteri.
Setiausaha Umno negeri, Datuk Hanafi Mamat berkata, jumlah tersebut
juga bukanlah majoriti rakyat yang kononnya menjadikan isu penurunan
Datuk Seri Najib sebagai satu isu besar.
“Apakah sebenarnya ancaman yang sangat serius melanda negara buat masa ini? Ekonomi atau gerakan melemahkan kerajaan.
“Bagi saya, gerakan ini adalah gimik politik Tun M untuk memberi
momentum kepada usaha menjatuhkan kerajaan sehingga PRU 14,” katanya
kepada Sinar Harian.
Beliau diminta mengulas mengenai pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang
telah berjaya mengumpulkan kira-kira 500,000 tandatangan untuk petisyen
Deklarasi Rakyat dan yakin mereka dapat mencapai sasaran sejuta dalam
tempoh dua minggu ini.
Petisyen itu akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon
penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila ia memenuhi
matlamat mendapat satu juta tandatangan.
Hanafi berkata, usaha dan gerakan tersebut tidak akan berjaya kerana
rakyat kini semakin bijak menilai antara perjuangan peribadi dengan
perjuangan sebenar yang rakyat mahukan.
“Majoriti rakyat akan menolak gerakan tidak demokratik termasuk ‘street protes’ yang akan menjejas kehidupan seharian.
“Kerajaan yang sah hanya boleh terbentuk melalui proses pilihan raya.
Usaha-usaha lain adalah sia-sia dan membuang masa dan wang, selain
mencetus perbalahan antara kaum dan sebagainya,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment