Pas kuat bukan sebab Abdul Hadi, pemimpin
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
menegaskan kekuatan parti Islam itu bukan bersandarkan kepada
presidennya mahupun barisan kepimpinan parti.
Menurutnya, akar umbi dan sokongan rakyatlah punca kekuatan Pas selama ini.
"Pas sebuah parti yang kuat. Kekuatan kita bukan sebab presiden. Adakah
sebab Tuan Guru Hadi atau pemimpin-pemimpin di sekeliling dia? Bukan!
"Tetapi kekuatan itu bermula dari akar umbi, dari sokongan rakyat dalam
masa yang panjang. Sebab rebahnya Pas, (bermaksud) rebahnya Islam di
Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar
Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Nik Abduh sempat mengimbau krisis dalaman Pas yang melanda parti itu sebelum ini.
"Pemimpin kita puja, dialah (yang) rebah. Sepatutnya Pas sudah hancur.
"Yang keluar (parti) itu, keluarlah tapi Pas terus gagah," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, pemimpin-pemimpin yang disifatkan
sebagai abang-abangnya itu meninggalkan parti atau dibuang parti kerana
menghidapi penyakit.
"Kekuatan Pas juga kerana Dewan-dewan Pemuda Pas ini. Pemuda kuat-kuat
belaka, sihat. Yang rebah di atas itu...abang-abang kita kerana
berpenyakit.
"Mereka keluar Pas, dibuang dari Pas bukan sebab Pas tapi kerana
penyakit diri sendiri yang tidak diubati. Kanser itu bermula dari sel
yang kecil jika tidak diubati, sama ada kena potong (buang) ataupun mati
sendiri," katanya.
Mendakwa hasil pemerhatiannya, abang-abangnya meninggalkan parti juga
dilihat gara-gara sudah hilang perhormatan kepada para ulama.
"Mereka hormat yang mereka mahu hormat. Mereka tidak hormat yang mereka tidak mahu hormat.
"Ini ALLAH tidak terima, jadi, jangan begitu," katanya.
1 orang berkata:
lari keluar sbb tak dpt jawatan pun ada.
Post a Comment