Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH, ADA LA JUGA


Azizulhasni raih pingat kedua untuk negara
Azizulhasni raih pingat kedua untuk negara
Atlet lumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Velodrom Olimpik Rio hari ini.
- Foto Bernama
 
PELUMBA basikal elit negara, Azizulhasni Awang akhirnya menyumbang pingat gangsa kepada Malaysia menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio di sini pada Selasa.   

Dalam pusingan akhir penuh dramatik, perlumbaan lapan pusingan itu terpaksa dimulakan semula dua kali selepas pelanggaran teknikal oleh penunggang dan pada permulaan ketiga, Azizulhasni mengetepikan juara dunia dari Jerman, Joachim Eilers, untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Penunggang berusia 28 tahun yang berpusat di Melbourne itu melintasi garisan penamat untuk meraih gangsa di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan Matthijs Buchli dari Belanda.    

Azizulhasni, yang sebut-sebut sebagai bakal menyumbang pingat emas kepada negara, memenangi pingat dalam temasya Olimpik dalam percubaan ketiganya selepas gagal melayakkan diri ke peringkat akhir dalam Olimpik Beijing 2008 dan menduduki tempat keenam dalam Olimpik London 2012.    

"Saya menujukan khas pingat ini kepada semua rakyat Malaysia dan kepada isteri serta anak saya yang banyak berkorban selama ini," kata penunggang yang dikenali sebagai 'Rocket Pocket Man' disebabkan saiz tubuhnya yang agak kecil.

"Sungguhpun matlamat saya adalah untuk mendapatkan emas namun pingat gangsa ini hasil kerja keras selama bertahun-tahun dan permulaan untuk membawa pulang emas pada Olimpik Tokyo 2020," kata pelumba itu yang akan berlepas pulang ke tanah air malam ini.    

Dalam perlumbaan sehari itu, Azizulhasni adalah seorang daripada enam pelumba dan wakil tunggal Asia yang melayakkan diri ke final daripada pusingan repechage (penyisihan).    

Azizulhasni berdepan laluan agak sukar dalam permulaan kempennya untuk menaiki podium apabila beliau perlu menang dalam pusingan repechage selepas berkesudahan di tempat kelima daripada tujuh pelumba dalam saringan pusingan pertama. 
   
Dalam aksi repechage, beliau bersaing dengan bekas juara dunia Theo Bos dari Belanda, Hugo Barrette dari Kanada dan Pavel Kelemen dari Republik Czech dalam saringan pertama dan berada di tempat teratas untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.   

Dalam pusingan kedua saringan pertama, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Jason dan Matthijs manakala Joachim, pelumba Poland Damian Zielnski dan pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata berada dalam kelompok tiga teratas dalam saringan kedua.    

Tiga pelumba terbaik dalam dua saringan layak ke final.   

Azizulhasni adalah pelumba pertama Malaysia yang memenangi pingat dalam temasya Olimpik.

Pingat gangsa yang dimenanginya itu adalah pingat kedua bagi Malaysia selepas gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih perak dalam acara 10m platform seirama pada Selasa lepas. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.