Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POKOKNYA BERKERJA DARI SEKARANG


Muhyiddin jadi ketua pembangkang?
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang sekiranya parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) komited dengan reformasi, menghormati sistem demokrasi dan perlembagaan persekutuan Malaysia.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, selagi mereka menghormati syarat utama (reformasi) untuk mewujudkan timbang tara yang jelas di Malaysia.

"Sekiranya mereka tidak komited dengan reformasi, maka kita akan menukar pimpinan secara nama dari seorang individu kepada individu yang lain. Ini isu kerjasama, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi, itu normal.

"Kita kena ingat semasa DAP memenangi kerusi yang banyak majoriti pun, mereka yang mencadangkan supaya jawatan (ketua pembangkang) dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada saya, ia terlalu awal untuk diberitahu, parti Bersatu baru sahaja didaftarkan, yang penting wujudkan momentum dan buat kerja," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, Anwar juga sentiasa mengingatkan supaya turun ke bawah dan berada di lapangan untuk wujudkan momentum.

"Ingin saya kongsikan, selepas dipecat daripada Kabinet, Anwar dalam masa 18 hari telah selesai jelajah satu Malaysia. Jadi pada saya, kita harus gerakkan rakyat supaya mereka dapat lihat, dapat rasakan momentum dengan keadaan di mana media dikawal," katanya.

Baru-baru ini, DAP melalui Setiausaha Publisitinya, Tony Pua menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti, termasuk parti baharu, Bersatu.

Menurut Tony, jalinan kerjasama DAP dengan Bersatu bersandarkan kepada keyakinan bahawa perjuangan parti baharu itu adalah untuk memperjuangkan agenda menegakkan keadilan di Malaysia, sifat yang sama diperjuangkan DAP.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut berkongsi beberapa pesanan Anwar kepadanya iaitu memastikan setiap gerak kerja harus bersama rakyat dan mesti menjadi keutamaan.

Menurutnya, Anwar juga tidak mahu ahli keluarga terlalu bimbang dengan keadaannya di penjara kerana ramai lagi ahli parlimen pembangkang yang berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Justeru itu katanya, Anwar ingin memastikan pentadbiran di Malaysia tidak mengguna sebarang undang-undang yang menekan hak untuk berpolitik.

"Katanya, jika kita memusuhi sesiapa biarlah secara berdebat, berbahas, berdiskusi secara ilmiah untuk menghasilkan dasar yang terbaik buat negara.

"Selain itu beliau (Anwar) sentiasa mengingatkan agar kita tidak hanya menumpukan kepada satu isu saja. Dahulukan isu rasuah, kronisme. Itu yang menyebabkan skandal 1MDB berlaku," katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.