Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Malaysia tempah satu lagi pingat
Goh V. Shem-Tan Wee Kiong
Goh V. Shem-Tan Wee Kiong

KONTINJEN Malaysia menempah satu lagi pingat, sekurang-kurangnya perak di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong layak ke perlawanan akhir.

Beregu negara itu menewaskan pasangan  dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17  dalam perlawanan separuh akhir di Riocentro sebentar tadi.

"Hari ini perlawanan sangat sukar, tapi mental menentukan kemenangan ini," kata Wee Kiong.

Pada aksi final nanti, V Shem-Wee Kiong akan bertemu sama ada pasangan China,  Fu Haifeng-Zhang Nan atau wakil Great Britain, Marcus Elis -Chris Langridge yang akan turun dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, nanti.

Kemenangan itu menyusuri kemaraan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang telah mengesahkan tiket ke final apabila menewaskan pasangan China, Xu Chen-Ma Jin.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.