Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Selangkah ke semi final, doakan Chong Wei
Chong Wei
Lee Chong Wei - Foto Bernama
 
PEMAIN badminton harapan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu dengan pemain  perseorangan dari Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, beliau berjaya menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.

Sekiranya berjaya memenangi pusingan suku akhir ini, pemenang pingat perak di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012 itu dijadualkan bakal bertemu dengan seterunya dari China, Lin Dan di peringkat separuh akhir Jumaat ini.

Selain Chong Wei, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan pingat emas pada jam 11.30 malam hari ini.

Peng Soon-Liu Ying dalam misi untuk membalas dendam selepas mereka ditewaskan pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C, Sabtu lepas.  

Peng Soon- Liu Ling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di peringkat separuh akhir.

Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir bagi merebut pingat emas selepas menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.

Dengan kemenangan itu, V Shem-Wee Kiong dijadualkan bertemu pasangan daripada China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, nasib malang menimpa atlet badminton perseorangan negara, Tee Jing Yi apabila terpaksa menamatkan cabaran di temasya Olimpik Rio selepas tumpas kepada pemain Jepun, Akane Yamaguichi 21-18, 21-5 dalam perlawanan Kumpulan K.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.