Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAESH DI SIK


Kontraktor dituduh rekrut ahli Daesh di Sik
Kontraktor dituduh rekrut ahli Daesh di Sik
Tertuduh ( tengah) dibawa anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret Baling, hari ini. - Foto Sinar Harian

BALING - Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling atas tuduhan merekrut dua individu bagi menyertai ahli kumpulan pengganas Daesh.

Tertuduh, Saidin Yacoob didakwa merekrut Ishak Haya dan Abdul Halid pada Januari hingga September 2013.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah di rumah di Lot 3847,Rancangan Pinggir Padang Besar,Mukim Jeneri.

Berikutan itu,dia boleh dihukum di bawah Seksyen 130 E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara bagi suatu tempoh berlanjutan sehingga 30 tahun dan didenda jika disabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah daripada tertuduh bagi semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Mohd Izmi Ibrahim menetapkan 12 Oktober sebagai sebutan semula kes untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Darul Aman iaitu Nurul Faraheen Yahya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.