Malaysia kaji kehendak sebenar Korea Utara
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang meneliti kehendak sebenar Korea Utara yang bertindak menahan warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu.
Menurut beliau, pada masa sama, kerajaan turut mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan pegawai serta kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.
“Selain itu, kita (kerajaan) juga turut meminta polis menjalankan siasatan terhadap punca kematian abang tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-nam serta pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini,”katanya.
Mengulas mengenai kes pembunuhan itu, Najib memaklumkan bahawa terdapat banyak lagi proses siasatan yang perlu dijalankan pihak berkuasa dalam kes berkenaan.
Beliau berkata, proses bagi mendapatkan sampel DNA juga sukar memandangkan tiada pihak yang tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
“Barangkali pihak terbabit juga takut untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan ini,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keselamatan rakyat Malaysia di sana, Najib menjelaskan bahawa tidak ada kebimbangan mengenai perkara itu memandangkan mereka berada dalam keadaan selamat pada masa kini.
Menurut beliau, kesemua pihak terlibat dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak dikurung berikutan daripada larangan meninggalkan negara itu.
“Oleh kerana ini adalah isu sensitif, kita mesti utamakan keselamatan rakyat negara ini dan kalau ada rundingan pun ia bukannya melalui media,”katanya.
Sebelum ini, Kementerian Luar Korea Utara mengeluarkan arahan bagi melarang pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di sana untuk keluar dari negara tersebut.
Sehubungan itu, kerajaan Malaysia turut mengambil tindak balas daripada arahan berkenaan dengan melarang pegawai serta kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.
Hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang selepas berlakunya kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), baru-baru ini.
5 orang berkata:
Diharap hj hadi dan pemuda pas dapat hantar kapal untuk membantu dan mengeluarkan rakyat kita yg ditahan di korea utara. Takbir
Bagi balik mayat kafir tu dan biarkan rakyat malaysia hidup aman damai. Jgn sbb mayat seorang, rakyat kita dalam bahaya.
Diharap hj hadi dapat pergi ke korea utara berjumpa pemimpinnya untuk berbincang secara lembut dan pujuk mereka. Kan hj hadi byk pengalaman jumpa aytolah syiah utk bincang bantu rakyat syria.
Setuju sangat.
Kita minta pas buat perhimpunan di stadium utk beri sokongan rakyat malaysia di korea utara. Kami akan datang naik bas dari marang
Hj hadi tak perlu pergi. Yang patut pergi barua2 penjilat mata sepet hi..hi..
Post a Comment