Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH ! DAH MULA DAH ! NAK JADI KETUA ? AHLI ADA BERAPA EKOQ ?

 
 SELEPAS INI MUHYIDDIN JANGAN NAFIKAN ! 
OK, MESTI BERTERAS MELAYU ! OK,

TAK KIRA LA WALAUPUN PARTI BARU !
JANJI MELAYU JADI KETUA !
DAN SETERUSNYA JADI PI EM !
 

-Pak Karamu-
 
 
 
Pakatan Harapan mesti diketuai parti Melayu
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Parti Bersatu memberi bayangan seolah-olah akan mengetuai Pakatan Harapan menjelang PRU14 nanti.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sebagai mendukung perjuangan Pakatan Harapan demi memastikan pakatan tersebut dipelopori orang parti berteraskan Melayu seterusnya mewujudkan keyakinan rakyat. 

“Paling penting melihat gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan Bersatu antara parti utama yang akan mendukung perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.

“Kita mahukan agar gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin,” katanya yang dipetik daripada laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas turut memberitahu perkara itu akan dibincangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

“Satu atau dua hari lagi kita akan berbincang bersama-sama, ini cuma pandangan peribadi saya.

“Jika tuan-tuan kata ‘OK’ saya akan bawakan perkara ini. Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan Pakatan Harapan dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati,” ujarnya.


Terdahulu, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sebulat suara bersetuju parti Bersatu menyertai mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan akan memperkukuh kesatuan politik yang sedia ada.

“Ini amat penting bukan sahaja demi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tetapi juga dalam usaha membina Malaysia baru yang kita impikan bersama.

“Saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan Harapan mengenai usaha dan langkah untuk memperkukuhkan kesatuan politik ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain PKR, Pakatan Harapan dinaungi beberapa parti lain seperti DAP dan juga Amanah. 

8 orang berkata:

Anonymous said...

Betullah. Apa masalah kau org tua!!
Janji tolak parti lebai PAS/PIGS, keluar parti kena cerai bini!!!!

LEBAI MALAUNTA ZIMBABWE DEDAK 90 JUTA. TELOR TAKDE . DEBAT TAKUT , SAMAN PUN TAKUT.

Anonymous said...

Tak payah risaukan percakaran pihak musuh, kalau dilihat macam cemburu dan menyesal tidak bersama.....hahahah

Anonymous said...

Yes...yes...sronok nak tgk sape nak jadi ktua...ramai calon tu..mat sabu..Tun..anuar..zizah...husam...muhyidin...mukriz...azmin...laga kepala la...jgn sampai penentunya kit siang n guan enng...

Anonymous said...

Jelesnye....depa boleh jd ketua mcm2 parti.......kita dok jd ketua sbb cai jer....hahaha

Anonymous said...

Jom laga kepala...sronok tgk kpala mana jd ktua....pastu ada tak lagi tikam2 blkg...

Anonymous said...

Satu kapal byk juragan...moga2 kapal tak tggelam sudah..

Anonymous said...

Hahahaha...Untaa2 semua berketuakan lebai koledai tua.Tahniah

Anonymous said...

PA$ berketuakan lebai pondan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.