Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEKAT PILIHANRAYA BARU SAMAN, BARU NGAM NGELABAH

Isu RM90 juta: Pas buka pintu 25 jam sehari
Idris Ahmad
Idris Ahmad

SHAH ALAM – Pas sedia membuka pintu 25 jam sehari kepada sebarang siasatan terhadap dakwaan parti itu menerima RM 90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low telah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti tuduhan ini dan jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur membolehkan siasatan dibuat.

“Pas bersetuju dengan SPRM yang mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendaklah melaporkannya kepada SPRM.

“Pihak Bank Negara juga boleh menyiasat atas transaksi wang yang didakwa masuk ke dalam akaun Pas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, tuduhan tersebut adalah satu fitnah kepada Pas terutama untuk menjauhkan orang Cina daripada parti itu.

“Ini kerana orang Cina yang berniaga tidak boleh terima, apabila Pas menerima wang daripada Najib di dalam keadaan perniagaan bertambah suram,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, saman Pas terhadap Sarawak Report dan Datuk Husam Musa sedang diteliti oleh pasukan peguam parti.

“Mereka yang bermusuh dengan Pas perli, kenapa lambat sangat. Saya jawab proses saman memang lambat, yang cepatnya bawa lari kerusi,” katanya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Itukah jawapan seorang ulamak? Itu ayat orang bodoh.

Anonymous said...

Pondan mana ada telo.
Nazri dan madey ada telo.

Lone ranger pomen said...

Assalamualaikum, encik blogger. Ape kata saman dulu, baru heboh. Ni dari dulu air liur je. Buatnya tak jugak. Demi allah saya cakap. Lama kelamaan cerita saman ni buat saya jadi meluat la. Kalau nak tunggu dekat pru, mcm mane nak tau hussam kalah ke, menang ke. Dia taknak bertanding mcm hj hadi cakap. Lagipun kalau saman dekat pru. Tu bukan nak menang. Cuma nak kempen je. Kalah menang no 2. Ye la, pas bukan nak menang pun. Kata nak menang kat akhirat.

Lone ranger pomen said...

Lagi satu, anak saya yg darjah 1 pun tahu . Satu hari ada 24jam je. Zaman 25jam ni.Org percaya cuma zaman arwah. Sekarang ni berat sikit. Pasal kehidupan arwah yg sgt bersederhana tu tak jumpa lagi kat org lain. Saya pernah baca dlm harakah dulu yg isteri arwah jual aiskrim kat simpang masuk rumah dia. Kalau tak silap la. Sape pembesar pas yg hidup mcm tu lagi. Yg isteri jual alat kecantikan ada la saya baca.

Anonymous said...

Tumpang tanya. PAS ni Parti Audi Se Dunia atau Porche Auta Se Malaysia yek.

Anonymous said...

Ada tak yg kerja cikgu kat sini?

Kalau murid tanya 50 juta + 40 juta, mcm mana nak jawab?

Kalu kita bagi jawapan 90 juta, murid tanya lagi, 90 juta tu datang dari mana? Camner kita nak jawab pulak? Tak kan nak jawab 90 juta tu datang dari derma....

Pening la aku...

Anonymous said...

Pati angkut sampah la

Anonymous said...

Cuba tanya ulamak tu. RM50 juta campur RM40 juta, berapa dapat? RM90 juta tu datang dari mana?

Ulamak misti tak bole jawab punya. Misti jawab tegagap2.

Anonymous said...

Kalau ustaz seorang yang pandai, berapakah jumlah jika 30 juta untaa campur dgn 60 juta keldai?

A. 45 juta.
B. 2.6 bilion
C. 90 juta

Anonymous said...

Parti lebai musang berjanggut penipu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.