Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR AKAN CEMAS ? MUKTAMAR MUNGKIN AKAN PUTUSKAN PERHUBUNGAN DENGAN PKR ?

DARI DULU LAGI PERANGAI PKR MACAM NI TAPI PUCUK PIMPINAN PAS BUAT DEK SAHAJA

NI SAMPAILAH MASANYA PAS BUKTIKAN KEPADA
PKR BAHAWA KEKUATANNYA DI TANGAN PAS

-Pak Karamu-


Pas Permatang Pauh putus hubungan dengan PKR
Pas Permatang Pauh putus hubungan dengan PKR
Omar (duduk,tengah) menunjukkan usul yang dicadangkan oleh perwakilan supaya membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. - Foto Sinar Harian

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.

Selain itu, Omar berkata, PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Pas.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli kami untuk keluar daripada Pas dan sertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan Pas," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Permatang Pauh kali ke-40 di sini, hari ini.

Terdahulu, perwakilan daripada Cawangan To' Kandu mengusulkan supaya Pas membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR sekali gus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga kawasan Dun dalam parlimen berkenaan.

Usul berkenaan diterima sebulat suara oleh kesemua perwakilan yang hadir.

Mengulas lanjut, Omar berkata, PKR juga dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di negeri ini apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan penfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam dan Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini.

"Tindakan PKR itu juga memberi pelbagai implikasi antaranya merugikan Islam, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi dan menjejaskan kedudukan Pas untuk berhadapan dengan pengundi Islam dan Melayu di dalam PRU14 kelak," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa tunggu muktamar. Berambus je dari Selangor sekarang parti melukut hamPAS. Menyusahkan rakyat Selangor, perosak Islam.

Anonymous said...

Tbaik pas...one man army...jgn takut..bila blebih penjuru...tgk apa akan jd....

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Pkr yang patut bersmbus dari selangor. Jadi MB pun ehsan dari parti lain. Bukan majoriti pun.

Lone ranger pomen said...

Kat perak pun org boleh bagi jadi mb. Kat selangor pas sikit kerusi. Campur umno pun PH lagi banyak. Tapi hairan tak nak lah pulak keluar. Mandat rakyat ke.Mandat perut.

Anonymous said...

Kelantan lebur. Sayonara hamPAS.

Anonymous said...

Azmin jd MB atas gabungan PKR, DAP dan Amanah. hamPAS wajib berambus dari Selangor kalu ada maruah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.