Muktamar: Fokus isu RUU 355, tahaluf siyasi
KUANTAN - RUU 355 dan isu tahaluf siyasi Pas bersama PKR adalah antara
perkara bakal dibincangkan pada Muktamar Pas yang akan berlangsung akhir
bulan ini.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, dua isu penting itu
akan dibahaskan di peringkat tertinggi parti Islam berkenaan.
“Kita jangka isu tersebut akan menjadi panas pada Muktamar ini. RUU 355
adalah fokus utama kerana kita mahukan satu pindaan terhadap sistem
perundangan syariah di negara ini.
“Malah, hubungan kerjasama Pas dan PKR juga perlu diputuskan sama ada
tahaluf siyasi mahu diteruskan atau sebaliknya. Semua ini akan
diperhalusi dalam muktamar itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas
merasmikan Temasya Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas
Islam (Pasti) peringkat Negeri di Padang Taman Seri Mahkota Aman, di
sini semalam.
Sebanyak 14 Pasti di seluruh negeri menyertai Temasya sukan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.
Ditanya mengenai usul Pas Pahang yang akan dibawa pada muktamar akhir
bulan ini, Rosli berkata, Pas pusat masih belum memberi sebarang tajuk
untuk diusulkan.
“Setakat ini Pas Pusat tak bagi apa-apa lagi untuk dibawakan, tetapi
mungkin dalam masa terdekat mereka mencadangkan usul kepada saya untuk
dibincangkan pada Muktamar nanti,” katanya.
Menurutnya, selepas perbahasan dan perbincangan mengenai perkara
tersebut dilakukan, Pas akan menumpukan sepenuh perhatian kepada
persediaan menghadapi pilihan raya.
Katanya, walaupun masih belum mengetahui tarikh pilihan raya,
persediaan rapi perlu dilakukan bagi memastikan Pas menang dalam setiap
kawasan dipertandingkan.
Menyentuh mengenai temasya sukan yang diadakan itu, beliau berkata,
program tersebut merupakan acara tahunan Pasti dan ia salah satu cara
untuk mencungkil bakat pendam kanak-kanak dalam bidang sukan.
5 orang berkata:
Suka hati kaulah lebai bangsat..jual agama 90juta..
Wngkau anon 11.59 lagila bangsat. Tuduh tanpa bukti.
PA$..
Porshe.
Audiroverbmwcoopervellfiremercs
Semalaysia 90juta.
Takburrr!
Melayu rosak kerana UMNO. Islam rosak kerana PAS.
Lebai2 setan bergumbira..90juta masyukk
Post a Comment