Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUKTAMAR DIJANGKA PANAS

Muktamar: Fokus isu RUU 355, tahaluf siyasi
Muktamar Pas 63

KUANTAN - RUU 355 dan isu tahaluf siyasi Pas bersama PKR adalah antara perkara bakal dibincangkan pada Muktamar Pas yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, dua isu penting itu akan dibahaskan di peringkat tertinggi parti Islam berkenaan.

“Kita jangka isu tersebut akan menjadi panas pada Muktamar ini. RUU 355 adalah fokus utama kerana kita mahukan satu pindaan terhadap sistem perundangan syariah di negara ini.

“Malah, hubungan kerjasama Pas dan PKR juga perlu diputuskan sama ada tahaluf siyasi mahu diteruskan atau sebaliknya. Semua ini akan diperhalusi dalam muktamar itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Temasya Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) peringkat Negeri di Padang Taman Seri Mahkota Aman, di sini semalam.

Sebanyak 14 Pasti di seluruh negeri menyertai Temasya sukan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

Ditanya mengenai usul Pas Pahang yang akan dibawa pada muktamar akhir bulan ini, Rosli berkata, Pas pusat masih belum memberi sebarang tajuk untuk diusulkan.

“Setakat ini Pas Pusat tak bagi apa-apa lagi untuk dibawakan, tetapi mungkin dalam masa terdekat mereka mencadangkan usul kepada saya untuk dibincangkan pada Muktamar nanti,” katanya.

Menurutnya, selepas perbahasan dan perbincangan mengenai perkara tersebut dilakukan, Pas akan menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan menghadapi pilihan raya.

Katanya, walaupun masih belum mengetahui tarikh pilihan raya, persediaan rapi perlu dilakukan bagi memastikan Pas menang dalam setiap kawasan dipertandingkan.

Menyentuh mengenai temasya sukan yang diadakan itu, beliau berkata, program tersebut merupakan acara tahunan Pasti dan ia salah satu cara untuk mencungkil bakat pendam kanak-kanak dalam bidang sukan.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Suka hati kaulah lebai bangsat..jual agama 90juta..

Anonymous said...

Wngkau anon 11.59 lagila bangsat. Tuduh tanpa bukti.

Anonymous said...

PA$..

Porshe.
Audiroverbmwcoopervellfiremercs
Semalaysia 90juta.

Takburrr!

Anonymous said...

Melayu rosak kerana UMNO. Islam rosak kerana PAS.

Anonymous said...

Lebai2 setan bergumbira..90juta masyukk

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.