Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANDAI KERJASAMA PAS DAN AMANAH, PAS MUNGKIN TERUS TERTEKAN ?

Azmin akan jumpa Amanah Khamis ini
Azmin Ali
Azmin Ali
 
KUALA LUMPUR - Krisis status Kerajaan Selangor bakal terungkai Khamis ini selepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah). 
 
Menurut beliau pertemuan itu akan membincangkan semua perkara yang masih menjadi teka- teki sejak pembentukan Pakatan Harapan (Harapan).

"Khamis ini kita akan bincang semua perkara, termasuk bagaimana nak lawan Umno -BN," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Syabas, di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu turut menyatakan beliau tidak pernah terlibat dan yakin bahawa tidak timbul sebarang perbincangan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno di Selangor.

"Kerajaan perpaduan? Itu tak timbul," katanya.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menggesa agar satu perjanjian kerjasama dilakukan di antara Pakatan Harapan (Harapan) dan Pas di Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kedudukan dan status kerajaan Selangor perlu diperjelaskan dan diselaraskan.

1 orang berkata:

Unknown said...

Aku yakin Pas tak akan bekerjasama dgn pan.tak payah lah dok canang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.