KAJANG - “Kenyataan disuarakan DAP untuk letakkan calon di kerusi Pas

 sebenarnya agenda Parti Amanah Negara (Amanah),” demikian reaksi Adun
 Dusun Tua, Razaly Hassan.

Menurutnya, DAP tidak berani bertanding di kawasan majoriti Melayu, 

termasuk kawasan dimenanginya di Dusun Tua, namun beliau percaya
 kenyataan dibuat atas desakan Amanah.

Situasi terkini katanya, jelas menunjukkan Amanah memusuhi dan mahu

 melumpuhkan Pas, malah sanggup diperalatkan oleh DAP.

Razaly berkata, Pas tidak kisah sekiranya DAP mahu meletakkan calon

 di mana-mana kerusi untuk bertanding pada PRU14.

"Itu hak dia sebagai parti politik yang berdaftar dengan ROS. Saya tak boleh

 komen lebih-lebih kerana perkara ini ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun Pas kini mengambil perhatian lebih sedikit

 selepas melihat kelantangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Ini dibuat supaya tidak timbul isu tidak sihat dalam kalangan ahli bawahan

“Sebelum mereka buat kenyataan pun kita dah tahu agenda sebenarnya,

 kita tak demam atau gentar kalau DAP nak letak siapa juga calon,” katanya.

Beliau kecewa dengan sikap pemimpin parti Amanah yang berterusan 

mengganggu Pas.

Amanah sebelum ini katanya, bertindak keluar parti kerana mendakwa Pas 

mahu bekerjasama dengan Umno serta BN.

Sekiranya tidak bersetuju katanya, pemimpin Amanah sepatutnya mengganggu

 Umno atau BN bukan mengganggu kerusi Pas.

“Kalau tak setuju dengan BN kenapa tak umum nak bertanding di tempat ada

 calon BN? Patutnya ajaklah ahli Umno masuk Amanah, bukannya ajak ahli
 Pas,” katanya.

Menurutnya, sebagai Adun Pas, beliau tetap memperkasakan dan melaksanakan

 amanah rakyat dan akan membuat yang terbaik menjelang PRU14
.