EXCO SEJAK DARI ZAMAN TUAN GURU NIK AZIZ LAGI. Pak Karamu
'Apa muslihat Husam?'
ROMPIN – “Apa muslihat Husam sebenarnya?” Demikian soal Ketua
Penerangan Pas Pahang, Nazri Ahmad terhadap pendedahan bekas
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang kononnya Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk
bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan
di Selangor.
Menurutnya, isu di Selangor itu telah pun selesai dan tidak perlu
dibangkitkan lagi kerana sewaktu ia sedang hangat diperkatakan,
Presiden Pas sendiri telah memberikan penjelasan berkaitannya
bagi menjernihkan segala kekeruhan yang timbul.
“Saya memang hairan dengan tindakan Husam yang membuat
pendedahan sedemikian sedangkan isu melibatkan kerajaan Pakatan
Rakyat di Selangor itu telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
“Berdasarkan penjelasan Tok Guru Presiden pula, beliau bukan tawar
untuk bentuk kerajaan dengan cara bergabung dengan Umno sebaliknya
ia disebut secara umum iaitu tawaran kepada sesiapa yang mahu
bersama dengan Pas pada ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian Online 6 November lalu melaporkan bekas Naib Presiden
Pas, Datuk Husam Musa sekali lagi ‘menyerang’ partinya apabila
mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah
merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan
perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar
Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya yang seterusnya
menjadi viral dan mendapat pelbagai komen dan kritikan daripada netizen.
Dalam pada itu, Nazri yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan
Rompin itu turut mempersoalkan tindakan Husam yang seolah-olah
bertujuan menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan kepimpinan Pas
pasca muktamar kepada presiden parti.
Beliau turut menyarankan kepada Husam supaya memberikan fokus
untuk bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan Kelantan masa ini
dalam membangunkan negeri termasuk menyelesaikan beberapa
projek yang telah bermula sewaktu beliau memegang jawatan Exco negeri.
“Jika ada apa-apa berkaitan parti dan kalau ia benar, maka gunakanlah
saluran dalaman parti yang ada untuk melakukan teguran kepada pihak
berkenaan. Tidak perlu saya mengajar cara menggunakan saluran itu
kerana Husam merupakan orang lama,” katanya.

3 orang berkata:
Husam tanya pun salah ker?
"Ye" ke "tidak"?
Yg hantar mangkok2 merapu ni apa hal bhaii?
Tindakan Husam menghentam kerajaan Pas Kelantan sejak sekian kali dengan hujah2 dan fakta yang salah mirip kepada cara pemimpin2 khianat yang telah menubuhkan parti baru Amanah. Husam perlu sedar perbuatannya itu telah mendedahkan dirinya sebagai pemimpin yang amat kecewa kerana tidak dipilih dalam saf kepimpinan baik di peringkat kerajaan negeri maupun di peringkat Pas Pusat. Husam kena muhasabah diri kenapa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tidak memilihnya sebagai ganti beliau semasa melepaskan jawatan MB dahulu dan TGNA tidak pula mahu campurtangan apabila Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob baru tidak mengekalkan beliau dalam exco.Di Kelantan telah ada umno sebagai pembangkang dan kerajaan negeri tidak memerlukan duri dalam daging mendatangkan kekecuhan dalam pentadbirannya.Jika Husam berasa Pas tidak lagi sesuai dengan perjuangannya, silalah keluar. Tidak perlu menyatakan hidup dan mati bersama Pas kalau sekadar mau menjadi pengacau.
Apa susahnya .jawab apa yang Husam tanya.kalau betul apa yang Husam tanya ,ubahlah dasar tu supaya ornag nampak islam tu benar teteapi kalau jawapan tak benar itu maknay menipu .apa hukum menipu.Begitu juga dengan penerangan Husam tentang Presiden Pas acada cadangan nak bergabung dengan Umno.Bukan kah Hadi ada mulut .ada lidah .ada suara tak bisu.Jawab je apa Husdam kata ,kalau tak betul sila saman Husam ,tak payah bnayk sejuta je ,mneggelupur husam bayar kalau tuduhan itu tak betul tetapi jaga kalau tuduhan itu benar dan ada bukti bila kalah nanti diman nak sorok muka.ini tidak hadi membisu yang jawanya semua tukang ampu .bodek ,penjilat.sebab itu Hadi makin anggku dan sombong ,takakbur lagi.pegilah kau Pakkaru ,kau pun sama.
Post a Comment