Dakwaan Husam: Hadi tidak boleh kunci mulut
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh terus mengunci
mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk
Husam Musa.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Presiden Pas itu perlu menjawab
dakwaan terhadap dirinya itu secepat mungkin bagi mengelakkan isu
persepsi terus menebal.
“Jika benar, beliau harus menjawab. Jika tidak betul, beliau harus
buktikan dengan testimoni-testimoni ataupun saksi-saksi yang boleh
(membuktikan) beliau tidak melakukan.
“Hadi harus mengambil pendirian untuk segera bangkit memberi penjelasan
apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kritik presiden: Tindakan Husam itu berani]
Sebelum ini, Husam yang juga Adun Salor mendakwa Abdul Hadi merancang
untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di
Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia
tidak benar.
Namun sehingga hari ini, Abdul Hadi belum membuka mulut sebaliknya
hanya pimpinan Pas yang lain mengeluarkan kenyataan mempertahankan Ahli
Parlimen Marang itu.
Menurut Jeniri, sikap berdiam diri Abdul Hadi itu hanya akan
memburukkan keadaan terutama melibatkan kredibilitinya sebagai presiden
parti.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof
Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dengan Jeniri.
“Abdul Hadi kena jawab dakwaan. Jika tidak jawab, makin sukar untuk parti,” katanya.
“Abdul Hadi kena jawab dakwaan. Jika tidak jawab, makin sukar untuk parti,” katanya.
3 orang berkata:
Psk karamu....
Ahli biasa tak boleh bukak mulut yekk?
Kalau dah bengkok tak boleh nak tegur yek?
Sebijik mcm umno pemimpin x boleh ditegur.
Mcm parti komunis pulak yekkk....
Tegur "ikut saluran", ada 2 kemungkinan berlaku:
1. Simpan bawah karpet sampai berkulat.
2. Anda akan dituduh barua dap.
Aku rasa lebih baik tghh diam drp menjawab.bkn ka beberapa pemimpin dr umno dan azmin pun dah jawab.tak faham lg ka.lagi pula rasanya tghh pun tahu apa patut dia buat atau tidak.tak payah ajar atau suroh.
Post a Comment