Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CHIONG BESAR KEPALA

Pas tidak akan tunduk dengan desakan DAP




Iskandar Abdul Samad
Iskandar


SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa ia tidak akan tunduk kepada desakan seorang pemimpin DAP Selangor yang mahukan wakil-wakil daripada parti itu dipecat daripada pentadbiran negeri Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad semasa memberi penegasan itu, berkata parti itu tetap akan kekal pada 'status quo' dalam pentadbiran kerajaan negeri.


Adun Cempaka juga meminta DAP menghentikan ugutan politik terutama berkaitan Pas kerana ia hanya akan menjadikan rakyat semakin jemu. 


Katanya kemenangan pakatan pembangkang di Selangor pada pilihan raya umum lepas adalah atas dasar bersama ketiga-tiga parti DAP-Pas-PKR.


"Pas sekarang masih berada dalam kerajaan negeri dan tugas kami adalah menjalankan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada pentadbiran yang sedang memberikan lebih fokus kepada bajet yang dibentangkan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.


Beliau diminta mengulas satu laporan yang memetik Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong sebagai mencadangkan supaya kepimpinan tertinggi  DAP meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali segera memecat wakil Pas dalam pentadbiran negeri. 


Chiong yang dilaporkan membuat kenyataan itu semasa Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya semalam telah menganggap Pas  memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, iaitu pakatan pembangkang yang baharu.


Laporan itu memetik Chiong sebagai berkata bahawa jika Mohamed Azmin masih gagal memecat wakil Pas dalam kerajaan pimpinannya, DAP dicadang  supaya keluar daripada pentadiran kerajaan negeri Selangor.


Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata PKR telah memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk Pas di Selangor dan tidak memerlukan pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang kerana senario politik di kedua-dua negeri itu berbeza. 


Usaha mendapatkan komen Mohamed Azmin gagal.


Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut bercanggah pendirian dengan Chiong dan menganggap desakan supaya Pas keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan hanya merugikan DAP dan Pas. 


"Tidak wajar DAP keluar dari kerajaan negeri kerana ia tidak akan memanfaatkan DAP kerana kekosongan yang ditinggalkan oleh DAP akan diisi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Pas ... begitu juga sekiranya Pas keluar (dari kerajaan negeri) kekosongan akan diisi PKR dan DAP," katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tapi bg kebanyakan org, kenyataan chiong tu betul dan tepat. Tak pekdah simpan gunting dlm lipatan.

Anonymous said...

Cakap byk munafik neh....
Hutang cikgu yik tak bayar lagi, mangsa banjir hidup huru hara, tiba2 elaun adun exco naik dekat2 80%. Pukimak punya elaun.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.