'DAP jangan menyibuk hal Umno-Pas'
KOTA BHARU - DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti
lain terutamanya usaha kerjasama antara Umno dan Pas.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata,
Pas atau mana-mana parti berhak bekerjasama dengan sesiapa sahaja
kerana negara ini mengamalkan prinsip demokrasi.
“DAP sibuk kata Pas nak kerjasama dengan Umno, apa masalah DAP
jika ia berlaku (kerjasama)? Dahulu DAP pun pernah kerjasama dengan
Pas atau parti lain.
“Kita negara demokrasi, siapa nak buat kerjasama dengan siapa tidak
menjadi masalah. BN terdiri daripada 14 parti komponen dan Umno
adalah paling besar,” katanya.
Md Alwi memberitahu, kerjasama Pas dan Umno bukan untuk
membentuk kerajaan tetapi sebagai parti yang bertanggungjawab,
ia amat sesuai dengan prinsip Islam.
“Bekerjasama dalam hal buat kebaikan, itu prinsip Umno dan Pas
serta semua orang Islam, apa yang patut buat bersama kita buat,
namun ada juga yang tidak boleh buat bersama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Md Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik
bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan
selepas PRU12, beliau pernah diminta mengatur pertemuan antara
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Abdullah tetapi
tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.
“Dia kini Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)
(Salahuddin Ayub) pernah menelefon saya dan bertanya boleh
atau tidak saya aturkan pertemuan Abdul Hadi dan Perdana
Menteri.
“Jadi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kena tanya
Salahuddin apa yang Abdul Hadi suruh dia buat, setakat itu sahaja
yang saya boleh cakap.
"Mengenai kerjasama Umno dan Pas di Selangor saya tidak tahu,”
katanya.
Baru-baru ini, pada Majlis Demo Tanya, Ambo Jawab yang berlangsung
di Kota Bharu, Husam mendakwa usaha untuk menyatukan Pas dengan
Umno bermula selepas PRU12 apabila beberapa pimpinan Pas didakwa
mengadakan pertemuan dengan Abdullah di sebuah hotel di Kuala Lumpur
.
1 orang berkata:
Mangkuk ni dlm dewan masa bentang hudud ituari melalak2...tp menikus bila bos dia tolak enakmen hudud kat parlimen...tak komen apa2 pun..baik punya lakonan..nanti bila dekat2 pru dia akan kata pas gila babi lak..
Post a Comment