DAP main politik gila, kata Pemuda Pas Selangor
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyifatkan DAP kini semakin menggila apabila membuat tuduhan tidak berasas terhadap Pas.
Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim berkata, tuduhan DAP yang mengatakan
Exco-Exco Pas akan berbuat apa sahaja di Selangor termasuk
memperkenalkan pentadbiran tidak sesuai kepada rakyat Selangor seperti
orang gila yang bercakap tanpa asas.
“Atas sikap apa DAP mengatakan Exco-Exco Pas dalam Kerajaan Selangor ‘berbuat jahat’ apabila memperjuangkan hak-hak rakyat?
“Tidak ada orang gila yang mengaku dia gila, bahkan dia akan kata orang
lain gila. Begitu juga orang jahat yang tidak akan mengaku dia jahat
bahkan dia akan menuding jari ke arah orang lain. Ini politik DAP,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan bertegas
parti itu akan terus mengekalkan kedudukan dalam Selangor meskipun PKR
tetap berkeras mahu bekerjasama dengan Pas bagi menghalang parti Islam
itu daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada
rakyat negeri ini.
Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri, Pas dibimbangi
akan berbuat apa sahaja termasuk memperkenalkan larangan menjual arak.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng kata Exco Pas 'buat jahat']
Dalam pada itu, Pemuda Pas Selangor juga menasihatkan dan menegur DAP
di Selangor supaya mengambil sikap untuk sama-sama berusaha membangunkan
negeri ini.
“Peduli rakyat menjadi agenda utama bukan mengizinkan sikap prejudis
sebahagian pimpinan DAP mengganggu gerak kerja serta khidmat bakti untuk
rakyat Selangor,” katanya.
Malah katanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri kesungguhan dan
khidmat bakti yang dilakukan oleh Exco-Exco Pas di negeri ini yang bukan
sahaja melalui saluran kerajaan semata-mata dalam berkhidmat.
2 orang berkata:
Mereka tu meroyan saja sbb parti islam yg dilahirkan mereka tak sangat disukai org.cakap sj lebih tp habuk sj dpt.mereka bermain api tentulah mereka sendiri yg akan terbakar nanti.sekarang bkn zaman org menelan mentah mentah sekarang zaman org menilai.bodohlah kalau ingin org percaya begitu.org akan percaya mat sabu n the geng itu nampak sgt taksub dap.oleh krn pkr tak sgt ingin dengar ckp mereka sekarang mereka ingin kacau pkr pula.kacau la kacau nanti diri sendiri yg jd kacau.
berpeluk dgn umno lah kamu. jgn malu2
Post a Comment