Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP INGAT HANGPA KEBULOQ SANGAT

'Saya tersangat lega ‘ditendang’ dari JKKK'
'Saya tersangat lega ‘ditendang’ dari JKKK'
TELUK BAHANG - Pas Cawangan Teluk Bahang lega apabila teka-teki mengenai jawatan mereka di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sudah pun terjawab. 
Rata-rata yang ‘ditendang’ dari jawatan tersebut mengakui lega dan gembira dengan keputusan yang diumumkan Kerajaan Pulau Pinang itu.

Kesahihan perkara tersebut diketahui melalui surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 11 November lalu.

Melalui surat yang didedahkan berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus mengumumkan penamatan ahli-ahli JKKK Teluk Bahang di Daerah Barat Daya.


Keputusan penamatan tersebut dipersetujui Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 4 November lalu dan ditamatkan sepenuhnya pada 15 November 2015.

Bekas Pengerusi JKKK Teluk Bahang, Mohd Amin Noordin berkata, pihaknya tidak kesal sebaliknya keempat-empat ahli Pas yang dipecat reda.

“Saya boleh katakan memang tersangat lega kerana akhirnya mengetahui hala tuju kami yang sebenarnya, tidak semestinya berada di dalam JKKK membuatkan khidmat kami kepada penduduk akan terhenti.

“Bersama Pas, kami boleh lakukan lebih daripada itu lagi,” katanya.

Bagi Ketua Pemuda Pas Cawangan Teluk Bahang, Mohd Ridzuan Mohd Zaid berkata, terdapat kekeliruan berhubung pemecatan di antara beliau dan juga seorang ahli Pas.

Menurutnya, mengikut kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli Pas diminta supaya berundur.

"Anehnya, di Teluk Bahang, ahli JKKK turut diarah keluar dari JKKK Teluk Bahang.

“Bagaimanapun kami gembira dengan keputusan ini dan selepas ini kami sememangnya aktivis Pas sepenuh masa yang akan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun kekeliruan sekali lagi berlaku apabila beberapa JKKK lain masih belum menerima surat berhubung peletakan jawatan tersebut.

1 orang berkata:

Unknown said...

Dulu Bos kamu kata bukan ditendang malah meletakkan jawatan,,..ha sekarang sah lah yg kamu mengaku bahawa ditendang,..Cuba jangan cakap berbelit belit,.ini lah akibatnya banyak sangat jurucakap dalam Pas,mereka yg kena tendang pun dah redo n seronok lps ni boleh keluar kelaut cari ikan janji happy kan,....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.