Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP KEPALA BATU

DAP Jangan Angkuh

KENYATAAN MEDIA RASMI (14)
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR (DUPNS)

DAP JANGAN ANGKUH.

Merujuk kepada tulisan Wani Muthiah dan Adrian Chan di dalam newsdesk@thestar. com.my bertarikh 2 November 2015 dengan tajuk "PAS a punching bag at Selangor DAP Convention " antara ucapan pembukaan konvensyen tersebut Lim Guan Eng telah mengkritik PAS sebagai tidak sepakat dengan parti pembangkang kerana tidak bersetuju menolak Pembentangan Belanjawan 2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.Antara lainnya seorang perwakilan yang bernama Pengerusi DAP Kajang Baru , Chiong Yoke Kong mendesak agar YB Azmin Ali , Menteri Besar Selangor supaya menggugurkan barisan exco PAS dari kerajaan negeri Selangor .DUPNS menyifatkan tindakan DAP itu sebagai parti politik tidak matang dan kebudak-budakan kerana :

1.Menafikan hak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU yang ke 13 di atas persetujuan bersama dengan manifesto yang dipersetujui bersama bukan dengan Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan.

2.Bersengkokol dengan bekas ADUN dan MP PAS yang melompat parti dengan tidak bermaruah melarikan kerusi mereka tanpa mengosongkan kerusi masing-masing sedangkan kemenangan yang diperolehi mereka dahulu atas tiket PAS juga satu pengkhianatan terancang yang menjelekkan bila DAP gagal menguasai kepimpinan PAS yang membawa aspirasi DAP .

3.DAP buta sejarah tamadun dan politik apabila memilih untuk menyerang PAS sebagai parti politik yang memegang dasar Islam .Sejarah telah membuktikan keadilan dan keunggulan Islam dalam mengatur urus hidup manusia yang "multi- religious" dan "multi-racial" yang berjaya tidak bersifat perkauman dan nasionalisme yang sempit. Bernard Shaw meramalkan bahawa pada suatu ketika nanti, agama Islam akan menjadi pilihan orang-orang terpelajar ( The furure religion of the learned,cultured and enlightened people will be Islam.)

4.Akhir kata DUPNS sekali lagi menegaskan agar DAP agar lebih berhati-hati dalam langkah politiknya agar tidak mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu yang beragama Islam sehingga menzahirkan sikap perkauman,ideologi politik pragmatis sempit dan anti Islam sehingga boleh mencetuskan permusuhan dan hubungan dingin antara kaum.

Kita orang Melayu Islam dididik menghormati hak dan kebebasan rakan-rakan kita masyarakat bukan Melayu Islam. Kita dididik menghormati kepercayaan, adat dan budaya serta hak mengamalkan Bahasa ibunda rakan –rakan kita. Dalam erti kata lain rakan-rakan bukan Melayu dan Islam merupakan sebahagian dari kita warga Malaysia.Ingatlah pesan orang-orang tua sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan merasa.Langit tidak selalunya cerah, beringat sebelum terkena jangan pula dah terhantuk baru nak tergadah.Terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata membawa padah binasa.

Sekian, wassalam.
Yang benar,
Ustaz Rizwan Rahmat
Ketua DUPNS
19 Muharam 1437/2 November 2015

5 orang berkata:

Anonymous said...

Biar gasak diaorg la nak buat apa pun tunjuk lagak tunjuk sombong.nanti pru dia org tahu la.dia org tu dah sampai ke arab sana cari islam sebenar.islam dimalasia ni tak betul.islam pas tak betul.peliknya tak ramaipun org malaysia ni nak ikut depa.tengok berapa kerat org ugama masuk pan.nampak sgt liberalnya.bila kita kata liberalkan marah.habis semua nak redah demi putrajaya.baiah redah hudud redah.lalu islam apa yg tinggalnya.kita bknnya tak nampak putrajaya tp bkn putrajaya sj yg kita perlu nampak.byk perkara lain kita kena ikut ambik kira.jgn sbb putrajaya habis huru hara semuanya.jgn sebarang tarik rambut dlm tepung habis tepung bertaburan tak sempat nak buat kueh yg ada dap diatasnya
taik kucing punya pemikiran penyokong dap ni

Anonymous said...

Kami penuokong DAP tik kucing .bolih tahan juga .tapi yang kamu ni penyokong TAHI BABI lagi teruk ,Apa kata presideng semua akaur tak fikir salah ke tak asalkan Hadi sebut semua takbir.otak yang allah beri letak kat mana untuk berfikir itu salah ke benar.jenis orang macam kau ni ah yang merosakan ulamak Pas.HABIS kalau dah benci sangat pada DAP yang kat Selangor kau orang makan semangkuk gulai dengan DAP bolih pulak ,pada hal didalamnya ada ikan ,ada ayam dan ada daging BABI bolih pulak kau corner.mana letak maruah diri kamu semua.kau pun dah pandai menghina kawan seperjuangan sendiri.Jenis macam islam tetapi munafiq

man man said...

same2 kereh kepale...

man man said...

same2 kereh kepale...

Anonymous said...

Islam tdk diajar tunduk kpd org kapir.stategi politik utk putrajaya konon.jgn sbb kemaruk kuasa agama digadai.biar terus pegang islam utk dpt kuasa.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.