Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT DIBATALKAN

Slot debat secara langsung dibatalkan

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
KUALA LUMPUR - Perdebatan secara langsung antara Ketua Pegawai Ekskutif 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), K Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang dijadualkan Jumaat ini dibatalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, RTM hanya bersetuju menyiarkan perdebatan secara lansung antara Arul Kanda dan Tony sahaja.

"Oleh kerana salah seorang daripada mereka sudah tidak akan melibatkan diri, maka dengan sendirinya, perdebatan itu sudah tidak boleh diadakan lagi secara langsung," katanya.

Menurutnya, RTM tidak menawarkan siaran secara langsung sekiranya pembangkang menamakan pengganti Tony.

"Walaupun Arul Kanda bersetuju untuk berdebat dengan pengganti Tony, RTM tidak akan menyiarkannya.

"Ianya tawaran terhad untuk Arul Kanda dan Tony sahaja" katanya di lobi parlimen.

Sebelum ini Tony yang juga Ahli Jawatankuasa  Kira-Kira Awam Negara (PAC) mencabar Arul berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.

Salleh kemudiannya berkata RTM bersetuju menyediakan slot pada Jumaat ini jam 9 malam untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

Kelmarin, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia  mengumumkan di Dewan Rakyat, Tony perlu melepaskan jawatan dalam PAC sekiranya ingin meneruskan debat berkenaan kerana bimbang ja  terlebih dulu boleh menjejaskan siasatan ke atas 1MDB.

Pandikar turut menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat jika perdebatan diteruskan kerana ia hanya akan menyebabkan tiada lagi keperluan bagi PAC mengadakan siasatan mengenai isu berkenaan selepas ini.

1 orang berkata:

Unknown said...

Nak tanya admin apa ka menatang komen ni.selalu admin masuk dlm ruang komen.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.