Apa pilihan Husam, harum manis atau kelapa muda?
SEJAK kebelakangan ini, nama bekas Naib Presiden Pas,
Datuk Husam Musa semakin panas dek kerana ucapan ceramahnya pada 6
November lalu yang secara terang-terangan mengkritik Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
Ekoran kelantangannya itu menyebabkan beliau ditunjukkan jalan keluar
oleh Ketua Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang secara jelas tidak
mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti Islam itu.
Sebelum ini Husam agak menyendiri selepas mengalami kekalahan dalam
pemilihan Pas, namun rupanya beliau bukan membawa diri, tetapi mula
menjadi pemerhati untuk melihat sendiri perjalanan Pas selepas perginya
Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12
Februari lalu.
Munculnya Husam di kala Pas kini disisihkan oleh parti pembangkang lain
menyebabkan ramai yang tertanya sama ada Husam akan mengikut langkah
sahabat perjuangan yang menyertai parti Amanah.
Namun jangkaan ramai pihak yang beranggapan bahawa Husam akan
membelakangi Pas tidak berlaku apabila beliau pada Oktober lalu
menegaskan tetap setia dengan perjuangan Pas.
Susulan itu juga menyebabkan ramai pihak mula curiga dengan tindakan Husam seolah-olah sengaja mahu memburukkan parti sendiri.
Tindakan Husam itu membuatkan beliau kini dicop sebagai pengkhianat,
parasit, perosak, tidak walak, dan pelbagai lagi ungkapan yang tidak
enak didengar.
Ternyata kini rakyat tertanya-tanya adakah pemimpin Pas terlalu eksklusif sehingga langsung tidak boleh dijentik.
Serangan bertubi-tubi dari pemimpin parti sendiri membuatkan Husam
tidak berdiam diri sebaliknya mempersoalkan kembali Pas yang berubah
atau beliau yang berubah?
Bagaimanapun suhu termometer itu dikatakan akan berakhir pada Jumaat
malam apabila Husam akan menjawab segala tohmahan status beliau sama ada
akan bersama Pas atau sebaliknya dalam majlis dialog 'Demo Tanya Ambo
Jawab' pada 13 November ini di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu
sekitar jam 9 malam.
Sekiranya Husam kekal istiqamah bersama Pas, adakah beliau akan tetap
dilabel pengkhianat? Dan jika beliau keluar Pas, bersediakah Husam untuk
menyertai mana-mana parti atau terus memilih Amanah sebagai tapak
perjuangan baharu untuknya.
Namun, adakah Husam akan pasrah sahaja dengan apa sahaja keputusan yang
diambil Pas sama ada untuk memecat atau mengekalkan beliau dalam parti
dan meletakkan Pas dalam keadaan serba salah?
1 orang berkata:
Tenang dulu tn bloq kita tak tahu isu ini menguntungkan siapa.nanti niat sebenar akan timbul.ada org mungkin akan terkena jerat sendiri.kita layan sj sementara itu.isu hutan duit cg yik ug kena ugut lg apa seterusnya husam.
Post a Comment