Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAUHNYA PERJALANAN PERJUANGAN MAT SABU, MACAM KARL MARK


37 TAHUN DIA BERSAMA PAS DENGAN CITA-CITA YANG TERSEMBUNYI, AKHIRNYA CITA-CITANYA TERBONGKAR DENGAN PENUBUHAN PARTI BARU YANG TUJUANNYA UNTUK MELAWAN DASAR ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS, BEGITU LAMA DIA MENGINTIP SELOK BELOK PERJUANGAN PAS, BUKTI INI TERSERLAH KERANA DASAR PERJUANGAN PARTINYA YANG DIKATAKAN ISLAM SEBENAR BELUM LAGI MUNCUL-MUNCUL, - Pak Karamu
'Amanah bukan parti menumpang'
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah parti yang menumpang Pas tegas presidennya, Mohamad Sabu. 

Malah kejayaan Pas selama ini juga kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah atas usahanya kerana beliau bersama Pas dan membina  parti Islam Pas itu selama 37 tahun.

“Kita tak tumpang Pas, kejayaan Pas selama ini kejayaan bersama.


"Saya baru tinggalkan Pas empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya telah bina Pas, kejayaan Pas selama ini kami yang buat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program Santai Pagi Bersama Presiden di dataran Wakaf Bharu bersebelah Pasar Wakaf Bharu, pagi tadi.


Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini berikutan kenyataan Mat Sabu, Amanah sedia mengantikan Pas mentadbir  Kerajaan Kelantan pada PRU 14.


Mengulas kesediaan Amanah menggantikan Pas, Mat Sabu berkata, ia bukan satu mimpi selepas melihat sokongan rakyat pada parti Amanah.


“Tak mimpi... tak mimpi… kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Amanah sedia 'selamatkan' Kelantan?]

Dalam ceramahnya di Pasir Mas kelmarin, Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan  calon PRU 14 di Kelantan sekaligus berusaha mengambil alih kepimpinan Pas Kelantan.


Hasrat itu bagi menyelamatkan Kelantan kerana mendakwa Pas negeri itu terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.

1 orang berkata:

Unknown said...

Pru14 nanti ,pan letak lah calon utk bertanding terutamanya di kelantan dan terengganu.dok pertimbang apa lg.buat la keputusan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.