Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENAIKAN ELAUN ADUN


Husam 'kagum' dengan keberanian Kerajaan Kelantan

Husam Musa
Husam Musa
 
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa 'kagum' dengan keberanian kerajaan Kelantan berhubung langkah negeri itu meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan. 
 
Husam yang juga merupakan Adun Salor itu berkata, 'kekaguman' itu bertitik tolak daripada keadaan ekonomi semasa kini.

" Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.

"Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini , kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji," katanya dalam satu kenyatan medianya hari ini,

Semalam Persidangan Dun Kelantan meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Keputusan itu menyaksikan anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.  

Mengulas lanjut Husam berkata apa yang lebih memeranjatkannya adalah tindakan dua Adun BN yang menuntut elaun yang lebih tinggi.

"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu  dinaikkan lebih tinggi lagi! Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan 'reverse' memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timb dan juga MB. Sama-sama naik.

"Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan. Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK)  akan terasa hati," katanya.

Katanya, disebabkan kenaikan itu, bagaimana pula dengan nasib mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

"Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan). Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

"Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang  kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru? Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

"Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki," katanya.

Dalam pada itu, katanya laporan bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

"Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

baguih hang pak karamu. la ni hang dah pandai main spin2 ceghita. ni la akibat jadi penjilat pungkoq hadi.

mosabit said...

Kita bukan saja dikendaki utk mengekalkan pemerintahan ulamak..tapi mesti dilihat pemerintahan kita adalah benar-benar sebagai negeri yg diperintah ulamak....

Bukan saja bersih..tapi kita hendaklah dilihat bersih...

sekadar tomakninah.....ngeeeeee..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.