KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam‎ Musa membuat 
kritikan terbuka terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak
 wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya
‎ menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.   

"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. ‎Kita
 selalu sebut kita ada saluran.
"Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz
 Nik Mat) pernah

sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah
 tangga‎ di kedai kopi," katanya.    
Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program
 Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Kelantan di Taman Transit Panji di sini,‎
 hari ini.

Mohd Amar mengulas dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku
 pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan‎
 perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai
 ‎Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam Jumaat lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Husam agar parti menggantikan 
presiden sedia ada, Mohd Amar berkata ia bukan jalan penyelesaian terhadap 
kemelut yang melanda Pas. - Bernam
a