Pas Kelantan rujuk kes Husam ke Pas Pusat
KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat
tentukan sebarang tindakan terhadap Bekas Naib Presiden parti itu, Datuk
Husam Musa yang lantang mengkritik parti kebelakangan ini.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, tindakan Husam sejak kebelakangan ini disifatkan sebaga
i mengumpul alasan yang boleh menghalalkan tindakannya menyerang parti.
“Kita (Pas Kelantan) sering mengadakan mesyuarat, sama ada perkara ini
dibangkitkan atau tidak, itu saya tidak tahu. Cuma kita di peringkat
negeri dan sebagainya tidak boleh mengambil sebarang tindakan,
hanya jawatankuasa pusat sahaja yang boleh,” katanya selepas merasmikan
Program Gotong-royong Mega di Taman Transit, di sini semalam.
Beliau yang juga Naib Presiden Pas diminta mengulas mengenai dakwaan
Husam lantang menyerang parti dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.
Mohd Amar berkata, beliau tidak boleh menyatakan sama ada Husam
bercakap benar atau tidak mengenai kerjasama dengan Umno tersebut,
namun mengikut maklumat yang beliau ada, ia tidaklah sebagaimana
dakwaan Husam tersebut.
Mohd Amar juga turut memberitahu, tindakan Husam itu tidak mengikut
saluran yang betul dan ia bukan sahaja memberi kesan kepada parti,
malah secara peribadinya kepada Adun Salor itu sendiri.
“Bagi saya, tidak kena lah mengkritik dan menyerang parti secara terbuka,
sebelum ini pun berulang kali arwah Tok Guru Nik Aziz sebut, parti
ini jemaah, berumah tangga, jika ada masalah, jangan cakap di kedai
kopi, gunalah saluran yang betul.
“Bila dia (Husam) buat macam itu, banyak sangat orang berfikir yang
tidak betul. Saya percaya orang Pas tidak boleh terima cara dia. Bila
seseorang bercakap mengenai parti dan politik, macam orang kata
kepada ayah kita di kedai kopi, takkan kita sebagai anak tidak terasa?”
katanya.
Husam sebelum ini turut mendakwa, teguran yang diutarakannya tidak
diterima parti, dan Mohd Amar ketika mengulas dakwaan tersebut
memberitahu, beliau sendiri tidak mengetahui apakah yang ditegur
Husam sebelum ini.
“Apa yang ditegur, saya pun nak tahu, dalam isu presiden ini pernah
ke dia bangkitkan sebelum ini, kenapa sekarang baru timbul, selepas
muktamar dan sebagainya. Sepatutnya sebelum muktamar lagi perlu
dibangkitkan,” katanya.
Yang terbaru, Husam didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan
kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada parti
Islam itu dan tanggungjawab yang digalas diganti dengan Timbalan
Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mengulas cadangan tersebut, Mohd Amar berkata, adakah benar masalah
yang dikatakan wujud dalam Pas kini terbukti disebabkan Abdul hadi.
“Cadangan itu semua orang boleh buat, tetapi adakah betul masalah
yang dialami kini adalah disebabkan oleh presiden, atau adakah
masalah ini dicetuskan oleh ahli-ahli Pas terutamanya yang kalah dalam
pemilihan baru ini, bukan presiden yang menjadi masalah,” katanya
.
1 orang berkata:
Perangai Husam seperti budak menangis " over spilled milk". Susu yang tumpah tu dah pun kering atau dijilat kucing, tapi Husam masih merungus dan menangis. Ia menampakkan perangai tidak matang atau sifat dendam tak sudah.Zikir dan ratipnya saling tak tumpah apa yang dialunkan oleh puak2 kecewa Mat Sabu n Geng yang sudahpun berambusdan lari ke pelukan Cina Dap. Ibarat suami dah tak serasi dengan isteri, kenapa Husam masih mahu tinggal serumah dengan Pas?? Adakah dia tahu dan sedar kalau keluar dari Pas dia seperti Mat Sabu dan Geng akan lenyap dan dilupakan?
Post a Comment