Husam diminta beri keterangan Selasa depan
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan
dipanggil oleh Dewan Harian Pas bagi memberi keterangan berhubung
dakwaannya terhadap Presiden Pas 24 November ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, notis
pemberitahuan tentang perkara itu telah dimaklumkan kepada Husam minggu
lepas.
"Kita wajibkan dia (Husam) datang, terpulang kepada dia, notis pemberitahuan telah dimaklumkan kepadanya.
"Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 12 tengah hari, di Ibu Pejabat
Pas, Jalan Raja Laut," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari
ini.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan Husam dan Dewan Harian Pas pada 24
November ini, Takiyuddin berkata, Husam boleh membawa sebarang dokumen
dan bukti berkaitan.
Dewan Harian Pas terdiri daripada Presiden Pas, Timbalan Presiden, Naib
Presiden, Setiausaha, Ketua Pemuda dan pimpinan tertinggi Pas.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai debat terbuka antara Datuk
Mustafa Ali dan Husam, Takiyuddin berkata, Pas tidak akan membiarkan
perkara itu berlaku.
"Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami
(Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di
luar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam setuju berdebat dengan Mustafa Ali]
"Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini," katanya.
Sebelum itu, Mustafa mengajak Adun Salor itu bersemuka dalam satu
majlis terbuka bagi
mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama
dibangkitkan Husam mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas
dengan Umno beberapa tahun lalu.
5 orang berkata:
Husam ni poning aje sbb ramai kawannya buat parti lain jd dia jd keliru.sindrom hilang kawan agaknya.dah mkn ubat tu baik la.nak tunggu kena pecat ke apa.katanya tak heran dgn baiah mcm kawan kawannya juga.dia ada idea lain agaknya.cuba la fahami dia juga
syabas datuk husam! jangan wala' membabi buta. anda contoh yang terbaik.
Oii bodoh, Husam sayang parti. Dia serang presiden pas laa bodoh. Presiden jahanamkan parti. Benda mudah mcm tu pun susah nak fikir ke? Oh! Lupa! Org bodoh mmg tak pernah berfikir.
Berani kerana benar,Takut kerana salah,.ini lah pejuang Rakyat yg terbukti,.syabas Datuk Husam,.demi Rakyat lawan tetap lawan,..
Tp heran jg, Husam sangat rapat dengan almarhum Ust Nik Aziz tp beliau x dipilih untuk menggantikan almarhum sebagai mb...
Post a Comment