Dakwaan tanpa bukti, bertaubatlah Husam...
SHAH ALAM - "Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor,
Datuk Husam Musa tidak dapat dibuktikan," itu respons Naib Ketua
Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung dakwaan terbaharu
bekas Exco Kelantan itu.
Terkini adalah dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkaitan rancangan Abdul Hadi untuk
bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan
di Selangor.
Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas
yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan
ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini.
yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.
[ARTIKEL BERKAITAN: Murah sangatkah harga diri pemimpin Pas?]
"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan,
kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu
merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.
"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam
hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam
akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya
kepada Sinar Online.
Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti
dakwaan Husam terhadap Pas.
"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup
buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam
tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.
"Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah
dakwaan beliau semata-mata," katanya.
Ketika menyentuh mengenai dakwaan Husam terhadap Presiden
Pas, Khairil berkata, Pemuda Pas sudah dimaklumkan bahawa
tiada kerjasama yang dijalankan oleh Pas Selangor dan pihak
Umno.
"Pemuda tegas bahawa tiada sebarang hubungan dengan Umno
Selangor," katanya.
Dalam pada itu, Khairil menyeru Husam agar bertaubat
sekiranya tidak dapat membawa bukti disetiap dakwaannya.
"Berhati-hati apabila bercakap, jangan hanya membuat dakwaan.
Kalau tidak bertaubatlah," katanya
.
.
6 orang berkata:
KALAU X BETUL SAMAN LA...
JGN CUMA TAU HANTAR PENASIHAT UTK NAFIKAN.
TAPI.....
YG HUSAM KATA DUIT KWSP & TH CIKGU YIK BLM DIBAYAR TU BETUL KAN? ERRR....YG SAPU BALAK TU PUN BETUL JUGA KAN? YG NAK NAIKKAN ELAUN MB TMB EXCO & ADUN TU BETUL JUGAK KAN?
ABIS KLU SEMUA BETUL, CAM NE NAK SAMAN?
HUHUHUHU....
Kami pun sedang tunggu apakah Presiden PAS akan saman Husam? Tapi malangnya hanya barua-barua sahaja yang menjawab bagi pihak Presiden PAS. Mana perginya kejujuran Presiden PAS? Semoga Allah kurniakan kebenaran kepada kita.
Sepatutnya hadi yang sman Husam sebab fitnah dia .bukan husam yang saman Hadi .apa bongok sangat ni.otak masuk air ke.Nak cari bukti kukuh saman dulu dan dalam mahkamah nanti Hadi perlu tunjukan bukti bhawa Husam fitnah Hadi,pap susah .kita tunggu 24 jam lagi adakah Hadi berani sman atau diam macam najis.Aku cabar Pakkarmu nasihatkan Hadi agar sman Husam tak payah banyak 1 juta cukup.
Tunggu le apaa. pulak ayat2¥€™«{£¢%¡ keluar mulut longkang..Tn.presideng !tunnguuuuu....
Tunggu le apaa. pulak ayat2¥€™«{£¢%¡ keluar mulut longkang..Tn.presideng !tunnguuuuu....
saksi ad..a saksi....kahkahkahkah
Post a Comment