Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU-SATUNYA HARUM MANIS YANG BERADA DIDALAM PAS

SAYA NAMPAK SALLEH MAN MEMBELAKANGKAN PARTI, SEKALIPUN DIA PERLU BERTUGAS SEBAGAI  YDP MAINPP, RASANYA PARTI TIDAK BODOH UNTUK MEMPERTIMBANGKAN ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH SALLEH MAN, SALLEH MAN JELAS TELAH MENGHINA PENDIRIAN PARTI SELAMA INI. MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KETUA MENTERI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BERERTI ORANG PAS ATAU POLITIK PAS TELAH MENGIKTIRAF KERAJAAN HARAPAN -Pak Karamu
 
 
Salleh Man perlu berlaku adil kepada parti Islam
Salleh Man dinasihati berlaku adil kepada parti Is
Iszuree (kiri) bersama Bendahari Pas negeri, Mat Noor Harun (tengah) mengadakan perjumpaan dan makan tengah hari bersama Salleh Man (kanan) di Bandar Perda semalam.
 
 
GEORGETOWN - Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji dinasihati tidak membelakangkan parti itu walaupun menyatakan sokongannya terhadap Kerajaan Pulau Pinang. 
 
Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, selepas dihubungi pelbagai pihak termasuk ahli Pas, pihaknya mengambil keputusan berjumpa dengan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) itu bagi mendapatkan penjelasan.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, parti menerima pengakuan dan penjelasan yang dibuat Salleh Man berhubung kenyataannya itu.

Menurutnya, dalam perjumpaan itu, Salleh Man menjelaskan bahawa kenyataan kelmarin adalah berdasarkan jawatannya sebagai YDP MAINPP iaitu sebahagian dari Kerajaan Pulau Pinang dan  Dia perlu berkhidmat untuk rakyat.

“Sama juga seperti Pas, kita berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Dia masih ahli Pas dan akan terus dengan Pas, tidak akan berbelah bagi.

"Dia juga menyatakan bahawa selagi memegang jawatan sebagai YDP MAINPP, dia akan tetap bersama Kerajaan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, Iszuree menasihati supaya Salleh Man bersikap adil dengan parti Islam itu.
“Selagi dia dalam parti, kita akan terus bagi sokongan dan dorongan. Namun, kita nasihatinya agar tidak buat keputusan yang membelakangkan parti. Apa juga keputusan, perlu merujuk kepada parti terlebih dahulu.

“Kita juga ada menasihati dia supaya bersikap adil dengan parti. Jika menghadiri program anjuran Kerajaan Pulau Pinang, dia juga perlu hadir majlis anjuran parti. Jangan nampak ada pilih kasih. Dia juga tidak dihalang untuk menjalankan tugasnya sebagai Adun,” katanya.

Iszuree turut meminta agar semua ahli Pas bertenang dan tidak membuat sebarang persepsi negatif yang boleh memburukkan keadaan.

“Saya minta semua ahli tidak melenting kerana setiap penjelasan perlu diperolehi dari Pas negeri terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan persepsi negatif selain memperolehi penjelasan yang sebenar.

“Pas negeri menerima semua penjelasan beliau dan saya akan bawa (penjelasan) kepada mesyuarat Pas negeri seterusnya akan dipanjangkan kepada Pas Pusat,” katanya.

Kelmarin, dalam satu sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Salleh Man menyatakan akan terus menyokong Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Beliau juga menyokong dan akan terus membela Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.

3 orang berkata:

wsc biolo asli said...

masih ada keharuman yg tersisa

obat kholesterol jamkho said...

ada setitik kebaikannya

Pak Kusniadi said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.