Parlimen Medan Dakwah PAS, Bukan Padang Bola
- Butiran
- Diterbitkan: 04 November 2015
- Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM
KUALA TERENGGANU:
Persidangan parlimen adalah medan dakwah PAS dengan mengemukakan hujah
secara ilmu, bertujuan membetulkan pemerintahan dan bukannya bermatlamat
untuk merebut kuasa.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata, andai mempunyai niat semata-mata untuk berebut
kuasa, ianya bukan menjadi matlamat perjuangan Islam.
Tuan Guru berdalilkan ayat 43 dan 44
surah Taha mengenai seruan berhikmah kepada Firaun dan seruan Rasulullah
SAW kepada Raja Muskat, Oman dan Habshah, di mana apabila mereka
menerima Islam, jawatan dan kedudukan mereka dikekalkan.
Tegasnya, itulah pendekatan PAS yang
tidak sekali-kali bersikap mahu merampas kuasa, malah pernah menyertai
perundingan-perundingan kerajaan.
Antaranya ujar beliau, PAS menyertai
Majlis Perundingan Ekonomi Negara di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri dengan menghantar wakil membentang
cadangan-cadangan berkaitan ekonomi.
“Termasuk Amanah Ikhtiar, itu cadangan
kita, tapi Umno ambil, tak mengapalah. Ini ‘tink tank’ kita termasuk
Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak, Dato’ Mustafa Ali dan lain-lain
antara yang ada sama dalam tu. Bila Mahathir memandang ringan tentang
kita, walaupun kita bagi pandangan, kita keluar daripada Majlis
Perundingan Ekonomi Negara,” imbasnya pada Dialog Rakyat Bersama PAS di
Hotel Vista Tanjung, di sini 31 Oktober lalu.
Malah menurut beliau, ramai pendokong
PAS berkhidmat sebagai pensyarah di universiti atau sebagai pegawai
kerajaan dengan memberi sumbangan di kementerian dan jabatan.
Ujarnya, walaupun bertembung dengan
pihak kerajaan, tetapi beliau tetap berjumpa Perdana Menteri dan menegur
kezaliman dilakukan seperti isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan
serta lain-lain.
Katanya, terpulang kepada kerajaan untuk menerima atau tidak terhadap teguran itu, tetapi PAS sama sekali tidak mengampu.
“Perbahasan kita dengan penuh beradab.
Saya nasihatkan Ahli-ahli Parlimen PAS, jangan ikut budaya orang lain.
Tapi ada kalangan Ahli Parlimen kita ni jenis juah, jenis sorak.
Persidangan parlimen bukan main bola, tapi ada kalangan kita nak buat
macam main bola juga, juah.
“Kerana parlimen adalah medan dakwah.
Ada pegawai parlimen nama Cikgu Azhar kerja di parlimen sejak zaman
Tunku Abdul Rahman dia beritahu saya, hasil daripada perbahasan Ahli
Parlimen PAS di parlimen secara hujah, secara ilmu menyebabkan banyak
pegawai kerajaan yang mendengarnya sokong kita, pegawai kerajaan dalam
parlimen sokong kita.
“Saya duduk di kerusi parlimen ada nota,
atas meja saya memberi maklumat, nama tak ada, tak tahulah pegawai mana
beri. tapi kita kena ikut adab kita, bukan adab orang lain. Kita ada
cara kita,” terangnya.
Menyentuh mengenai usaha menjatuhkan
kerajaan, katanya, perkara itu mestilah dilakukan secara demokrasi iaitu
boleh menerusi sama ada pilihan raya dan undi tidak percaya.
Terang beliau, kaedah undi tidak percaya mestilah dicadangkan dengan jumlah anggota yang majoriti.
“Hari ini dari 222 kerusi, pembangkang
ada 89 kerusi, boleh ke dengan 89 kerusi nak ini perjatuh dengan undi
tidak percaya? Kecuali kalau orang Umno undi sama baru boleh jatuh. Ada
yang minta supaya PAS sokong undi tidak percaya. Saya kata, pandangan
saya, Kerajaan Malaysia ini mesti orang Melayu Islam yang menguasai.
“Bukan saya fanatik Melayu, kerana
mengikut agenda politik demokrasi, mestilah kaum yang besar menjadi
teras pemerintah negara. Macam selepas Nabi wafat, Quraisy kaum yang
besar menjadi pemerintah. Bila Quraisy tak ada, maka Kurdis (kaum)
Salahuddin al-Ayubi. Kurdis tak ada, Turki menguasai negara.
“Dalam konteks Malaysia, walaupun kita
masyarakat majmuk, mesti Islam Melayu. Saya nak cukup bilang Islam
Melayu, kalau cukup Islam Melayu boleh mengubah kerajaan, dan kerajaan
nak ubah itu mesti ikut Islam.
“Kalau ubah saja tidak ikut Islam,
sekadar ubah saja, macam pakai baju terbaliklah, tukar lepas tu
terbalikkan baju, sekadar itu, tidak ada makna, baju tak basuh juga.
Sebab itu saya kata, saya tidak akan naik bas ekspres yang tidak sampai
destinasi. Saya nak pergi Kuantan, tengok bas pergi Kuala Lipis, naik
buat apa?” ujarnya menegas pendirian.
Mengulas tindakan untuk menolak Bajet
2016 dibentangkan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, katanya tindakan
itu tidak menjatuhkan kerajaan, melainkan kerajaan yang bermaruah
meletak jawatan apabila bajetnya ditolak dan mengadakan pilihan raya
semula.
Bagaimanapun menurut beliau, kerajaan yang tidak ada maruah tidak akan kisah dan tidak akan meletakkan jawatan.
Imbas beliau lagi, PAS pernah membawa
usaha menolak bajet ini beberapa tahun lalu dengan mengambil peluang
dari jumlah kehadiran Ahli Parlimen kerana bajet boleh ditolak dengan
majoriti mudah kelebihan satu undi.
Bagaimanapun, pada masa yang dirancang,
Ahli-ahli Parlimen Pembangkang ghairah berhujah menyebabkan Ahli
Parlimen Kerajaan dapat memenuhi persidangan dengan jumlah lebih ramai.
“Tak apalah, kita ada sikap kita
sendiri, kita boleh berkecuali dalam masalah bajet ini. Kerana ada benda
kita setuju, ada yang kita tidak setuju. Bukan semua bajet itu kita tak
setuju. Bantuan kemiskinan, bantuan menghadapi banjir, bantuan projek
kepada rakyat, ini kita setuju.
“Yang kita tak setuju adalah cara
pengurusannya, cara melaksanakan projeknya, ini yang kita tak setuju,
banyak yang bocor, itu kita tak setuju. Projek untuk rakyat kita setuju.
Dia buat masjid kita setuju dia buat masjid, yang kita tak setujunya
kita nak gi ceramah masjid tak boleh,” selorohnya menyebabkan hadirin
ketawa.
3 orang berkata:
Kesian .Sepatutnya kau lebih pintar menilai mana yang benar mana yang slah .mana ynag wajib mana yang harus.Nak berdakwah di dalam Parlomen tak slah tetapi biarlah dengancara yang betul,kena hadir sidang ketika dewan bersidang ,jangan ponteng sebab curi tulang itu berdosa dan adakah halal gaji yang kita gunakan? Sekiranya kita sihat tak harus dan wajib hadir sidang walaupaun dalam keadaan apa juga sebab disitu kita berbhasa smbil kita berdakwah dan tarbiah .ini tidak apa yang dilakukan hadi tidak sesuai berada di dalam dewan ,kiat kumpulan mana? BN ke ,Pakatan ke ? sendiri ke? Kalau kau jawab sendiri apa ke jadah di Selangor ni kau tahut bersendirian jadi pembangkang /cakap tu biar sampai orang tak tahu kau tu penipu dan selalu U turn/3 hari cakap lain .hari ni dah cakap lain pulak .biar gajk sampai sebulan masa orang dah hampir lupa.Rosaknya pemikiran Hadi disebabkansekelilignya menjadi penjilat tegar sebiji macam kau Pakkarmu.Teruskan cara kamu agar lebih cepat Pas tersungkur.
Nasihat Majlis Raja-raja Melayu pun Perdana Menteri tak mahu dengar, inikan pula nasihat Hadi.
Dulu , Nik Aziz @ pas kata "Kita bukan GILA kuasa..tapi kita nak rebut kuasa dari orang GILA" .Sekarang GILA nak jadi penasihat...penasihat 25% kerr..
Dulu angkat plakad untuk tanda protes GST dan tol naik..sekarang angkat plakad 2.6 BILION tindakan tak beradap...
Dahulu lain , sekarang lain.
Dahulu , PAS lawan UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah.Sekarang kita sokong UMNO atas kepentingan bersama ?..
Sekarang kalau jumpa keling dengan najib...katuk kepala hadi dulu....
Sekadar tomakninanh...jangan ada yg terasa...kah kah kah kah
Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.
Post a Comment