Pecat JKKK: Itu hak kerajaan negeri
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang memecat Ahli
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada Pas
adalah hak kerajaan negeri, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa
Maidin.
Hanipa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri
Pulau Pinang I, Mohd Rashid Hasnon yang mengatakan JKKK dari kawasan
pilihan raya yang ditandingi oleh Pas ditamatkan perkhidmatan mereka
bulan lalu.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata tindakan itu selaras dengan pendirian
kerajaan Pulau Pinang kini yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan
yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
"Kita tidak boleh hendak buat apalah, kerajaan negeri berhak untuk
mengantikan mana-mana orang yang dipecat sebab Pakatan Rakyat sudah
tiada lagi, kerajaan Pulau Pinang umum kini menerajui kerajaan Pakatan
Harapan.
"Dalam Pakatan Harapan ini Pas tiada, oleh itu macam mana Pas hendak
berada dalam itu, saya rasa ia lebih kepada soal polisi kerajaan negeri
itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu JKKK: Kerajaan Pakatan Harapan berbohong ]
Terdahulu, Mohd Rashid berkata jawatan ahli Pas yang memegang jawatan
dalam JKKK di Pulau Pinang akan digantikan dengan ahli dari Parti Amanah
Negara (Amanah).
Dalam pada itu ketika ditanya adakah boleh Pas mengambil tindakan
terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tindakan itu, Hanipa
berkata itu terpulang kepada Pas.
"Saya rasa Pas boleh ambil tindakan tetapi saya tidak nampak merit
untuk Pas berbuat demikian ini soal dipecat, jawatan itu ada prasyarat
pihak majikan ada hak untuk memberhentikan mereka," katanya.
3 orang berkata:
Apa lg sama kepala je money is king.beli beli.org tu kan byk duit bkn mcm kita miskin terpaksa tebang balak.sudah jd pembangkang bleh jd jkkk lg.jkkk tu dilantik org kg ke kerajaan negeri.org kg tak ada hak tentukan org yg mereka nak lantik.parah ini politik mafia.
pancing memancing
jangan pancing tuk menyalahkan
Post a Comment